web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Norhizam Langgar Peraturan SPR, Masih Berkempen Di Hari Mengundi

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2021 2:34PM

Norhizam merayu kepada pengundi supaya memilihnya. - Gambar Mohd Hazli Hassan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Calon Bebas Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee seolah-olah masih lagi berkempen dengan merayu pengundi untuk memilih dirinya sebagai wakil rakyat.

Ini dibuktikan dengan kenyataannya ketika ditemui media di pusat mengundi di Sekolah Rendah Agama JAIM, Taman Datuk Thamby Chik Karim di sini, yang meminta agar pengundi memilih dirinya jika mahu melihat beliau membawa masalah rakyat di dalam sidang DUN.

“Insya Allah hari ini rakyat akan tentukan. Saya merayu sekali lagi untuk pengundi saya, jika anda mahu melihat saya di DUN, undilah saya.

“Saya merayu agar diberi ruang dan peluang untuk terus membawa suara rakyat Melaka. Saya berjanji untuk menjadi wakil rakyat (yang baik) untuk Pengkalan Batu.

“Undilah saya sekiranya nak tengok Datuk Norhizam berada dalam Dewan (Sidang DUN Melaka). Sekiranya saya menang saya akan bertanding di Parlimen. Itu janji saya,” katanya, hari ini.

Namun, tindakan beliau itu dilihat  bercanggah dengan peraturan ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak lagi membenarkan calon bertanding bagi berkempen dalam sebarang platform pada hari mengundi.

Beliau yang juga penyandang kerusi bagi kerusi DUN Pengkalan Batu juga mungkin telah melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 ekoran tindakannya itu.

Terdahulu, dengan menggunakan skuter Suzuki V100, bekas EXCO Melaka berkenaan kelihatan bersahaja sebaik tiba seorang diri di pusat mengundi berkenaan kira-kira jam 9.10 pagi tanpa diiringi pengiring atau penyokong.

Norhizam yang pernah menyandang jawatan Timbalan Pengerusi DAP Negeri Melaka menawan kerusi Pengkalan Batu di bawah Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dengan majoriti 2,756 dan dilantik sebagai Exco Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan Negeri.

Penyandang kerusi DUN Pengkalan Batu itu kemudian mengundi di saluran tiga sebelum meluru keluar dan beredar menggunakan kenderaan yang sama.

Pada PRN Melaka, Norhizam berdepan pertembungan lima penjuru dengan calon muda Muhamad Danish Zainudin (PH), Mohd Azrudin Md Idris (PN), Dr Mohd Aluwi Sari (Putra) dan Datuk Kalsom Nordin (BN). - Getaran, 20 November 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

SPR Perlu Timbang Wujudkan Tapisan Kelayakan Akademik Calon - Aktivis

2

Politik 2 tahun yang lalu

Mesyuarat Khas PRK Kuala Kubu Baharu 4 April Depan - SPR

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Daftar Pemilih Tambahan Januari 2024 Dibuka Untuk Semakan - SPR

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Lat Tempoh Masih Berkuat Kuasa, SPR Tiada Rancangan Laksana Kajian Semula Persempadanan

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Semasa 23 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad