web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Warga Emas Teruja Undi Anak Saudara Sendiri

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2021 10:26AM

Sedah menunjukkan jarinya yang disapu dakwat kekal selepas selesai mengundi di PRN Melaka hari ini. - Gambar oleh Mustaffa Kamal

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TANJUNG BIDARA - “Saya teruja untuk mengundi hari ini kerana anak saudara saya (Datuk Seri Ab Rauf Yusoh) menjadi calon di sini,” kata Sedah Kassim.

Beliau yang kini berusia 85 tahun itu, hadir seawal jam 9 pagi dengan berkerusi roda ke Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, di sini.

Menurutnya, keterujaannya bertambah tinggi kerana ini adalah kali pertama anak saudaranya itu dicalonkan untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

“Alhamdulillah, mak cik dah selesai mengundi, agak teruja untuk keluar hari ini kerana anak saudara sendiri menjadi calon Barisan Nasional (BN).

“Kita serah kepada Allah dan mendoakan yang terbaik buat dia (Ab Rauf),” katanya ketika ditemui Getaran, selepas selesai proses membuang undi.

Ab Rauf yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka ditentang  calon ‘heavyweight’ daripada Perikatan Nasional (PN) iaitu Datuk Mas Ermieyati Shamsudin bagi merebut kerusi DUN Tanjung Bidara.

Mas Ermieyati turut dicalonkan sebagai calon Ketua Menteri jika PN berjaya menawan Melaka.

Kedua-duanya turut berdepan saingan calon Pakatan Harapan (PH) Zainal Hassan. - Getaran, 20 November 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Melaka Azam Rampas Semula Kerusi DUN Sungai Udang Pada PRU16

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Rocky Din Terharu Berpeluang Rakam Semula Lagu 'Marilah Mengundi'

3

Politik 2 tahun yang lalu

Warga Emas Meninggal Dunia Sebelum Sempat Mengundi

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRN Capai Kemuncak, Lebih 9.67 juta Pemilih Tunai Tanggungjawab

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Luar Negara 7 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran