web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Warga Emas Meninggal Dunia Sebelum Sempat Mengundi

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2023 3:51PM

Seorang warga emas tidak sedarkan diri selepas mencelup jari ke dalam botol dakwat sebelum disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Gemencheh, hari ini. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Seorang wanita meninggal dunia ketika hendak melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pengundi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Rokan, Gemencheh, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Anuwal Ab Wahab berkata warga emas berumur 83 tahun itu dikatakan tiba-tiba terjatuh dan tidak sedarkan diri sejurus selepas dia mencelup jari ke dalam botol dakwat sebelum mengundi, dalam kejadian pada pukul 11 pagi itu.

Beliau berkata wanita itu kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Gemencheh oleh ahli keluarganya, dan sebaik tiba di klinik berkenaan, warga emas berkenaan dikatakan sudah sedar, namun paras oksigennya didapati semakin menurun.

“Bantuan Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) telah dilakukan oleh pembantu pegawai perubatan ke atas wanita itu, namun dia tidak berjaya diselamatkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya difahamkan wanita itu pernah mengadu kepada keluarganya bahawa dia mengalami sakit pada bahagian kaki sejak balik mengerjakan umrah baru-baru ini, dan rekod perubatan mendapati warga emas itu adalah pesakit darah tinggi.

Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Tampin untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Rocky Din Terharu Berpeluang Rakam Semula Lagu 'Marilah Mengundi'

2

Politik 2 tahun yang lalu

Petisyen Pilihan Raya 4 Kerusi Dikemukakan Dalam Masa Terdekat - MB Selangor

3

Politik 2 tahun yang lalu

Keputusan, Penyata Pengundian PRN, PRK Kuala Terengganu Sudah Diwartakan - SPR

4

Politik 2 tahun yang lalu

Sabar, Istiqamah Jalankan Tugas Sementara Tunggu 'Post Mortem' PRN - Fahmi

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad