web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Beberapa Lagi Penyandang Kerusi DUN PBB Tawar Diri Berundur

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2021 8:28AM

Alexander Nanta Linggi - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Beberapa lagi penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menawarkan diri untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN12).

Setiausaha Agung PBB Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata keputusan itu disuarakan semasa Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi parti yang berlangsung di ibu pejabatnya di sini malam tadi dengan dipengerusikan oleh Presiden PBB merangkap Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Ya. Ada yang menawarkan, sukarela (dan) Presiden parti telah merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada mereka yang sukarela, dengan rela mengundurkan diri untuk memberi peluang kepada muka baharu,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat itu.

Bagaimanapun, beliau enggan menyatakan jumlah sebenar penyandang yang menawarkan diri untuk berundur.

Sebelum ini, tiga penyandang kerusi DUN daripada PBB telah menyatakan secara umum keputusan mereka untuk tidak bertanding iaitu Datuk Abdul Wahab Aziz (Kalaka), Datuk Naroden Majais (Gedong) dan Datuk Ambrose Blikau Enturan (Katibas).

Nanta juga berkata berikutan keputusan itu, PBB akan memperkenal muka-muka baharu sebagai usaha bagi pembaharuan parti itu dalam meneruskan legasi kecemerlangannya sebagai tulang belakang pentadbiran Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Saya tidak akan beritahu secara spesifik (berapa ramai muka baharu yang akan bertanding) sebab (mereka) masih di peringkat pemerhatian dan sebagainya… (masih dalam) pertimbangan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Diskaun Tol Aidilfitri: Kerajaan Akan Umum Masa Terdekat - Nanta

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Menteri Beri Jaminan Lebuh Raya SPE Selamat Digunakan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

KKR Sahkan Jejambat SPE Tidak Retak

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Aktiviti Ketenteraan Israel Di Rafah Mimpi Ngeri Kemanusiaan - Ketua PBB

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

Semasa 1 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 22 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad