web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


BN Formula Politik Paling Ideal Untuk Melaka - Khaled Nordin

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2021 4:47PM

Mohamed Khaled berbincang dengan wanita UMNO Pasir Gudang di Bilik Gerakan BN di Melaka. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Melaka memerlukan sebuah kerajaan yang dominan sebagai pemangkin kestabilan politik untuk meneruskan kesinambungan kemajuan di negeri itu.

Atas sebab itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mendakwa, Barisan Nasional (BN) merupakan gabungan parti paling ideal untuk mengemudi kerajaan Melaka.

“Kerajaan silih berganti kerana tidak wujud sebuah parti yang dominan dan menjadi teras.

“Bayangkan, kerajaan terbentuk hasil gabungan parti-parti kecil yang memutuskan untuk bekerjasama sambil mengumpan Ahli-ahli Parlimen yang tergamak melompat untuk menyertai mereka. Sudah pastilah rakyat menjadi mual dengan politik. Ahli politik sudah tidak dipercayai sama sekali. Semua ini perlu dihentikan sekarang,” katanya.

Justeru, beliau menggesa semua pengundi di negeri itu menggunakan peluang mengundi esok untuk menghantar isyarat yang tegas bahawa kestabilan politik mesti dikembalikan.

“Kestabilan kerajaan adalah katalis kemakmuran Melaka. Selama lebih enam dekad, BN satu-satunya parti yang boleh dan telah mengurus Melaka dengan jaya, menjadikannya antara negeri paling membangun di Malaysia.

“Benar BN tidak sempurna dan tidak akan mungkin menjadi sempurna. Tetapi dalam segala kebaikan dan kelemahan BN, ia adalah formula politik paling ideal untuk Malaysia dan Melaka,” katanya.

Melalui BN, beliau berkata kuasa dikongsi secara bersama selama puluhan tahun dan kepentingan kaum diuruskan secara muafakat dan tiada masalah yang tidak selesaikan secara kolektif dan harmoni.

“Bagi memastikan tawaran kestabilan ini boleh dicapai, BN menampilkan kira-kira 87 peratus calon baharu. Mereka adalah taruhan BN untuk kerajaan yang berwajah dinamik, segar dan progresif.

“Mereka adalah generasi penerus yang berwibawa, bersih, berilmu dan berpendirian. Bukan golongan yang memperdagangkan politik dan kedudukan untuk kuasa,” katanya.

Khaled turut menganggap, semua calon baharu itu merupakan jawapan BN untuk membasmi pengkhianatan dan budaya politik lompat melompat.

“Mereka juga adalah generasi yang akan menguruskan masa depan Melaka dengan kerajaan yang terangkum, kompeten dan amanah.

“Insya-Allah, setelah terpilih, BN akan mengembalikan era terbaik Melaka seperti suatu waktu dulu. Selamat mengundi rakyat Melaka,” katanya. - Getaran, 19 November 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

2

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

3

Politik 2 hari yang lalu

PRN Johor: Mesyuarat SPR 12 Jun, Tentukan Tarikh Penting Pilihan Raya 

4

Politik 3 hari yang lalu

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut