web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemimpin Merungut SOP Kempen, Beri ‘Signal’ Salah Kepada Rakyat

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2021 8:11AM

Seorang anggota polis memeriksa suhu badan sebelum membuang undi awal di Ibu Pejabat Kontijen Polis IPK Melaka semalam - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemimpin politik termasuk daripada parti kerajaan seharusnya tidak merungut dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, sehingga meminta ia dilonggarkan yang memberikan isyarat salah kepada masyarakat.

Penganalisis Politik Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Norhafiza Mohd Hed berkata, sebagai pemimpin, mereka perlu menunjukkan kesediaan bagi mematuhi apa juga peraturan dalam memberi contoh ikutan kepada rakyat.

Beliau berkata, perbuatan membantah SOP berkenaan tidak sepatutnya ditonjolkan oleh ahli politik khasnya kepimpinan tertinggi memandangkan peraturan terbabit dibuat oleh kerajaan mereka sendiri.

“Pelanggaran SOP ini daripada pemimpin politik amat digusari oleh rakyat kerana melibatkan keselamatan mereka, seperti sebelum ini (di PRN Sabah). Seharusnya, mereka bersyukur PRN dapat dilaksanakan di era COVID-19.

“Saya mengharapkan supaya ahli politik bertanding dan jentera parti mematuhi SOP ditetapkan, walaupun ramai mengadu peraturan kali ini lebih ketat sehingga sukar berkempen namun dalam suasana norma baharu, mereka perlu tunjuk sikap positif kepada rakyat,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi, hari ini.

Parti kerajaan dan pembangkang sebelum ini menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengkaji semula pelaksanaan SOP PRN Melaka termasuk oleh Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan yang menyifatkan peraturan sedia ada amat ketat, sehingga kelihatan tidak masuk akal.

Beliau berkata, penilaian semula wajar dibuat segera selepas pelbagai rungutan diterima daripada petugas dan jentera parti, yang tidak dapat melaksanakan tugas berkempen dengan sempurna.

Turut membuat gesaan supaya SOP dilonggarkan ialah Pengerusi Perikatan Nasional (PN) merangkap Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bekas Perdana Menteri terbabit menyarankan supaya kelonggaran itu dipertimbangkan, namun masih mematuhi SOP tertentu dan boleh mengurangkan risiko penularan COVID-19.

Dalam pada itu Norhafiza memaklumkan, kes beberapa pemimpin dan parti politik dikenakan kompaun akibat pelanggaran SOP adalah perkembangan positif yang dinanti-nantikan rakyat kerana menunjukkan pihak penguat kuasa tidak lagi memilih bulu.

Dr Norhafiza Mohd Hed
Dr Norhafiza Mohd Hed

“Kalau parti politik dan pemimpin tertinggi sekalipun jika dikenakan tindakan undang-undang, itulah keadilan sebenarnya yang mahu dilihat oleh rakyat kerana sebelum ini rakyat mudah untuk dikenakan tindakan namun tidak kepada pemimpin.

“Ini juga merupakan salah satu strategi kempen parti politik bagi memikat hati rakyat, kerana mereka akan melihat tiada “double standard” yang berlaku dan orang akan lihat kerajaan sebagai telus. Ini akan memberi kesan positif kepada pengundi-pengundi di Melaka,” katanya.

Sementara itu, Norhafiza menjelaskan, kekangan aktiviti kempen akibat penguatkuasaan SOP yang ketat bukanlah satu halangan dalam politik sekiranya semua parti cepat menyesuaikan diri dengan keadaan semasa dan mempunyai pelan tindakan alternatif.

Beliau yang juga Ketua Jabatan Pengajian Kemasyarakatan dan Kewarganegaraan, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI berkata, kempen secara digital adalah kaedah terbaik jika dilihat secara teliti dan dapat memberi impak besar kepada pihak yang tahu memanfaatkan kelebihan platform sedia ada.

“Maksimumkan sebanyak mungkin penggunaan media sosial untuk kita sasarkan pengundi, khususnya anak muda berusia dalam lingkungan 18 tahun yang baru nak mula mengundi dan kalau kita lihat di Melaka, (bilangan) pengundi golongan itu agak tinggi.

“Jadi, gunakan medium sedia ada seperti Facebook (FB) Live, Instagram, Telegram, webinar atau Google meet, malah merupakan antara cara terbaik yang boleh menarik pengundi di Melaka,” katanya. - Getaran, 17 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 tahun yang lalu

PM Temui Pemimpin Industri Jerman Di Berlin

2

Karier 2 tahun yang lalu

Yayasan Peneraju Hasrat Lahir 3 Jenis Pemimpin Dalam Kalangan Bumiputera

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Ujian Sebenar Pemimpin Adalah Ketika Dia Berkuasa - PM

4

Politik 2 tahun yang lalu

Pulau Pinang Tak Goyah, Kekal Teguh Di Belakang PM - Guan Eng

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Semasa 7 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad