web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bukan Mudah Bubar Dewan Rakyat Atau DUN - Shahrir Samad

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Nov 2021 4:16PM

Tan Sri Shahrir Samad

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Proses pembubaran Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri (DUN) bukan semudah ‘menekan butang’ kerana negara dan negeri mempunyai Perlembagaan tersendiri.

Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, negara didukung Perlembagaan Persekutuan manakala negeri turut tidak terkecuali daripada memiliki undang-undang sendiri.

“Negara kita ni ada Perlembagaan. Negeri pun ada perlembagaan masing-masing. Tambahan pula, ada Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Pemerintah dan Yang di-Pertua Ketua-ketua negeri yang juga ada peranan dan tanggungjawab berperlembagaan.

“Nak bubar Dewan Rakyat atau DUN, bukan semudah dengan ‘tekan butang’ je.

“Ada prosesnya. Ia tertakluk kepada proses di bawah perlembagaan yang melibatkan peranan Ketua Negara atau Ketua Negeri,” katanya hari ini.

Kelmarin, bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) serta Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) menyelar tindakan Shahrir yang mencabar BERSATU menarik semula sokongan terhadap Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohamad daripada UMNO serta mengadakan pilihan raya negeri (PRN) seperti di Melaka.

Muhyiddin berkata, Shahrir tidak bertanggungjawab kerana membuat cabaran sedemikian yang boleh menyebabkan satu lagi PRN mengejut ketika negara masih bergelut dengan pandemik COVID-19.

“Jangan cabar saya. Sekarang saya boleh tekan semua butang, semua jatuh.

“Kamu nak itu berlaku? Saya tak takut, tapi saya fikirkan nasib rakyat Johor.

“Niat dia jahat. Saya kenal Shahrir, dia mahu apa yang berlaku di Melaka juga berlaku di Johor,” kata Muhyiddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Pagoh kepada media, semalam.

Dalam kenyataan yang sama, Shahrir turut menjawab dakwaan UMNO tidak membantunya ketika beliau tewas kerusi Parlimen Johor Bahru pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu.

“Soal ‘saya jatuh UMNO tidak sokong’ pun ada kaitannya dengan konsep asas kepada amalan demokrasi kita, iaitu Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

“Itu, kalau kita masih boleh ingat,” katanya. - Getaran, 14 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Hukuman Rotan: PM Sokong Laksana, Tapi Perlu Kawalan Ketat

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Kerajaan Sedia Pinda RUU Pembaharuan Semula Bandar - PM

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Sokongan Malaysia Terhadap Perjuangan Palestin Berprinsip - Mohamad Hasan

4

Politik 1 tahun yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 28 minit yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM