web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bosan Politik Katak, Ahli Perniagaan Bertanding Bawah Bebas

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Nov 2021 2:57PM

Sabarudin Kudus memilih untuk bertanding sebagai calon Bebas pada PRN Melaka. - Gambar Mustaffa Kamal

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

AYER KEROH - Bosan dengan senario politik ‘lompat si katak lompat’, seorang ahli perniagaan terjun ke gelanggang politik dengan mencalonkan dirinya sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia.

Sabarudin Kudus, 54, terpanggil untuk bertanding di kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional (BN) di DUN terbabit, bertujuan menterjemahkan inspirasi rakyat yang kian jelek dengan sikap ahli politik sedia ada di negeri ini.

Menurutnya, politik bukan pentas untuk memuaskan nafsu sendiri sebaliknya membawa kepentingan dan keluh kesah rakyat jelata, yang memberikan undi dengan harapan wakil dipilih mengangkat suara mereka ke peringkat tertinggi.

“Melihatkan senario yang berlaku di pentas politik sejak berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), saya seolah-olah terpanggil untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bagi memastikan rakyat mempunyai pilihan kedua selain daripada calon berparti,” katanya ketika ditemui Getaran, di sini.

Bapa kepada enam cahaya mata itu berkata, kehadirannya dalam dunia politik bukan sekadar menjadi ‘ejen pemecah undi’ seperti yang didakwa beberapa pihak.

Sebaliknya, beliau berkata, calon Bebas kali ini datang dengan harapan untuk mengubah senario politik semasa yang kian dipandang kotor, ekoran sikap wakil rakyat melompat parti demi kepentingan diri sendiri tanpa memikirkan nasib rakyat.

“Ketidakstabilan politik di Malaysia secara amnya dan di Melaka khususnya adalah satu bencana kepada rakyat secara keseluruhannya ditambah dengan ketidaktentuan ekonomi disebabkan pandemic COVID-19.

“Namun, ahli politik itu sendiri terus menerus bercakaran sesama sendiri, tidak kira sama ada di peringkat Persekutuan mahu pun di peringkat negeri. Ini membuatkan rakyat semakin sengsara,” katanya yang turut tidak bersetuju PRN Melaka diadakan tatkala ancaman wabak COVID-19 masih berleluasa.

Sabarudin Kudus
Sabarudin Kudus

Menjawab persoalan sama ada beliau akan melompat jika ditawarkan habuan lumayan sekiranya memenangi kerusi DUN Rembia, Sabarudin berkata, beliau berpegang kepada prinsip setia kepada pengundi dan rakyat yang memilihnya untuk menjadi wakil mereka.

“Justeru, saya memilih untuk menyertai Gagasan Bebas (BEBAS) yang memerlukan saya menurunkan tandatangan dalam Akuan Bersumpah (SD) dan mensyaratkan, jawatan sebagai wakil rakyat akan terlucut sekiranya menyertai mana-mana parti politik selepas menang.

“Ia adalah satu pengisytiharan sumpah setia saya kepada pengundi DUN Rembia bahawa saya sama sekali tidak akan membelakangkan sokongan mereka untuk kepentingan peribadi,” katanya.

Walaupun tiada jentera sendiri, Sabarudin dibantu oleh rakan-rakannya yang menyokong perjuangan beliau dalam ‘membersihkan’ politik di Melaka sekali gus memudahkannya untuk berkempen.

Beliau bagaimanapun mengakui, PRN kali ini agak mencabar, tetapi pada masa sama, mudah kerana semua pihak tidak dibenarkan berkempen seperti yang dilakukan pada pilihan raya sebelum ini.

“Apa yang mencabarnya adalah saya dan rakan-rakan perlu mengenalpasti strategi yang tidak menyalahi prosedur operasi standard (SOP) dikuatkuasakan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Namun apa yang mudahnya adalah kami boleh melakukan kempen secara maya untuk meraih undi dan mendapatkan sokongan pengundi di DUN Rembia selain mendekati mereka di kedai kopi, surau dan masjid, serta mengunjungi beberapa lokasi awam,” katanya.

DUN Rembia menyaksikan pertembungan lima penjuru membabitkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Muhammad Jailani Khamis yang sebelum ini menang kerusi ini di bawah panji PKR pada PRU14 lalu.

Beliau bagaimanapun menyertai UMNO susulan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas 22 bulan memerintah Melaka.

Turut bertanding di DUN berkenaan ialah  Zamri Pakiri (PH), Samsuri Arifin mewakili Perikatan Nasional (PN) serta seorang lagi calon Bebas iaitu K Murali. – Getaran 12 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

PRU-15: Momentum PRN Melaka Untuk BN Tawan Kerusi Parlimen

2

Semasa 4 tahun yang lalu

2021, Warna-Warni Drama Malaysia

3

Politik 4 tahun yang lalu

DAP Sepatutnya Pentingkan Semangat Setia Kawan - AMK

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Polis Keluarkan 9 Kompaun Bernilai RM120,000 Sepanjang Kempen PRN Melaka

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Luar Negara 6 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

oleh Sophia Ahmad