web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Calon Bebas DUN Asahan Diminta Tarik Diri

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2021 9:07PM

Mohd Akhir mendakwa ditawarkan ‘hadiah istimewa’ jika menarik diri. - Gambar oleh Mustaffa Kamal

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR GAJAH - Seorang calon Bebas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan telah menerima panggilan dari orang yang tidak dikenali yang meminta beliau menarik diri.

Mohd Akhir Ayod, 55, memberitahu Getaran, panggilan itu diterimanya petang semalam menerusi nombor peribadi.

Beliau mendakwa diminta oleh seorang lelaki untuk menarik diri dan turut dijanjikan habuan jika setuju berbuat demikian.

“Pada mulanya lelaki itu minta saya berjumpa di rumah namun, saya menolak kerana tidak mahu menjadikan rumah  sebagai tempat perbincangan urusan kerja.

“Lelaki itu kemudiannya menawarkan ‘hadiah istimewa’ jika saya bersetuju untuk memenuhi permintaannya” katanya ketika ditemui Getaran.

Bagaimanapun Mohd Akhir berkata, lelaki tersebut tidak memberi butiran lanjut mengenai hadiah yang bakal diterima jika beliau akur dengan permintaan itu.

“Tanpa berfikir panjang saya menolak tawaran yang diberikan oleh lelaki tersebut kerana memikirkan harapan yang saya galas buat penduduk di Asahan.

“Ini yang membuatkan saya lebih berkobar-kobar untuk bertanding. Kau nak suruh aku keluar? Lagi aku redah!” tegasnya.

Beliau bagaimanapun enggan menunding jari kepada mana-mana pihak kerana tidak mengenali identiti sebenar individu yang menelefonnya itu.

Dalam PRN Melaka kali ini, kerusi DUN Asahan akan menyaksikan pertembungan enam penjuru yang membabitkan tiga calon Bebas, PKR, Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

Antara calon yang menjadi perhatian ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron. - Getaran, 11 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

2

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

3

Politik 2 hari yang lalu

PRN Johor: Mesyuarat SPR 12 Jun, Tentukan Tarikh Penting Pilihan Raya 

4

Politik 3 hari yang lalu

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 6 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 28 minit yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM