web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN Melaka: DAP Mahu Adly Sebagai Ketua Menteri

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Nov 2021 5:16PM

Anthony Loke (3 dari kiri) selepas merasmikan Trak Pelancaran sempena PRN Melaka, di Ibu Pejabat DAP Melaka, Kampung Pandan Mawar, Klebang, hari ini. - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - DAP menyokong Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka Adly Zahari dipilih sebagai Ketua Menteri sekiranya gabungan itu berjaya membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 November ini.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata parti itu turut menumpukan usaha memenangkan PH dalam PRN Melaka meskipun tidak bersetuju dengan keputusan memilih bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan bertanding di bawah tiket gabungan tersebut.

“Pendirian kita jelas bahawa walaupun kita tidak bersetuju dengan pencalonan dua calon tersebut tetapi kita tetap mahu memenangkan Pakatan Harapan dan fokus DAP ialah kita nak memastikan lapan kerusi yang kita bertanding kita boleh mencapai kemenangan dan menyumbang lapan kerusi kepada Pakatan Harapan.

“Sekiranya Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan negeri, pendirian DAP ialah menyokong saudara Adly Zahari sebagai Ketua Menteri Melaka,” katanya pada sidang media sebelum melancarkan Trak Harapan di sini hari ini.

Idris dan Nor Azman, yang mewakili Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-14, masing-masing dicalonkan bertanding di DUN Asahan dan Pantai Kundor pada PRN Melaka kali ini di bawah tiket PH.

SPR menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 Nov dan undi awal pada 16 Nov susulan pembubaran DUN pada 4 Okt lepas selepas empat ADUN menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

PRU-15: Momentum PRN Melaka Untuk BN Tawan Kerusi Parlimen

2

Semasa 4 tahun yang lalu

2021, Warna-Warni Drama Malaysia

3

Politik 4 tahun yang lalu

DAP Sepatutnya Pentingkan Semangat Setia Kawan - AMK

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Polis Keluarkan 9 Kompaun Bernilai RM120,000 Sepanjang Kempen PRN Melaka

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

oleh Sophia Ahmad