web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN Sarawak, PKR Tampil 50 Peratus Muka Baharu

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2021 7:34PM

Abang Zulkifli Abang Engkeh

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - PKR Sarawak akan menampilkan 50 peratus muka baharu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 tidak lama lagi.

Pemangku Pengerusi PKR Sarawak, Abang Zulkifli Abang Engkeh berkata, parti itu akan meletakkan calon di 49 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan kali ini.

Menurut beliau, semua calon berkelayakan sudah dikenal pasti dan mereka terdiri daripada individu yang sudah lama berada dalam parti.

"Ada juga calon dari kalangan bekas pegawai kanan kerajaan yang menyokong perjuangan PKR," katanya hari ini.

Beliau berkata, PKR juga bakal menampilkan lebih ramai calon wanita berbanding pilihan raya yang lepas.

"Kita telah siap-siaga menghadapi pilihan raya. Walaupun menghadapi sumber kewangan yang terhad dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) angkara COVID-19, namun jentera di semua peringkat telah bersedia," ujarnya.

Sementara itu, Naib Ketua PKR Cabang Kanowit, Satu Anchom mengesahkan akan bertanding di kerusi DUN Ngemah pada PRN kali ini.

Beliau turut menyatakan kesediaan untuk berdepan dengan mana-mana pencabar dari parti lain, termasuk calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang akan mempertahankan kerusi DUN tersebut kelak.

"Saya tidak tahu mengenai calon lain tetapi tetap yakin mampu memenangi kerusi tersebut untuk PKR," jelasnya.

Satu berkata, PKR masih belum mengumumkan secara rasmi senarai calon yang akan bertanding pada PRN Ke-12 kelak tetapi ia sudah dipersetujui di peringkat Majlis Pimpinan Negeri.

"Saya sudah bersedia dengan jentera pilihan raya untuk mencapai kemenangan dan yakin mampu meraih sokongan pengundi, kerana sudah bekerja keras serta turun padang bertemu setiap lapisan rakyat di kawasan DUN Ngemah," katanya. - Getaran, 8 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

3

Politik 4 minggu yang lalu

17 Kerusi Baharu DUN Sarawak Masih Belum Dimuktamadkan, SPR Terus Membisu

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lelaki Sarawak Terima MyKad Selepas Penantian 33 Tahun

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 21 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan