web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


112 Calon Sah Bertanding PRN Melaka, Pertandingan Sehingga 6 Penjuru

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2021 3:27PM

Pengerusi SPR Abdul Ghani pada sidang media sempena Proses Penamaan Calon Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Melaka ke-15 hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dimuktamadkan hari ini, dengan 112 calon bertanding mewakili tiket parti masing-masing.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, bilangan calon berkenaan disahkan selepas pusat penamaan calon ditutup jam 10 pagi tadi.

Menurut beliau, PRN kali ini akan menyaksikan pertandingan enam penjuru di tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu Asahan, Duyong dan Gadek membabitkan calon Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN) serta Bebas.

“Seramai 112 calon akan bertanding pada PRN Melaka, dengan BN, PN dan PH masing-masing meletakkan calon mereka di kesemua 28 kerusi DUN, manakala PUTRA (5), IMAN (1) dan Bebas (22).

“Sebelas DUN akan menyaksikan sekurang-kurangnya pertandingan tiga penjuru manakala sembilan kerusi lagi berdepan perlawanan empat penjuru,” katanya.

PRN Melaka juga dihiasi pertandingan lima penjuru di lima kawasan dan enam penjuru di tiga kerusi DUN.

Abdul Ghani berkata, prosedur operasi standard (SOP) yang ketat akan dilaksanakan sepanjang tempoh berkempen, mulai hari ini hingga jam 11.59 malam 19 November nanti.

SOP itu jelas beliau lagi, mensyaratkan calon atau parti hanya dibenarkan untuk membuka satu Bilik Jawatankuasa (Bilik Gerakan Utama) untuk setiap DUN, manakala operasi Bilik Gerakan Kecil atau tempat perkumpulan lain bagi calon atau parti tidak dibenarkan.

“Bagi mematuhi penjarakan fizikal, ceramah menghimpunkan orang ramai tidak dibenarkan dan ia mencakupi aktiviti ziarah oleh calon atau penyokong parti ke rumah pengundi dan aktiviti walkabout.

“Calon boleh memaksimumkan kempen menggunakan medium atas talian atau media sosial. Mereka juga dibenarkan untuk berkempen melalui kenderaan yang dipasang dengan alat pembesar suara pada waktu ditetapkan, dan permit berkenaan perlu dimohon daripada pihak polis,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, tempoh masa dan lokasi untuk berkempen adalah tertakluk kepada permit yang diluluskan pihak polis.

“Kenderaan dipasang dengan alat pembesar suara bagaimanapun tidak dibenarkan berhenti di sepanjang laluan dalam menyampaikan ceramah,” katanya sambil memaklumkan, calon masih tertakluk kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5).

Menurut Abdul Ghani, calon yang membayar deposit bahan kempen pilihan raya dibenarkan untuk mempamer dan mengedarkan bahan kempen pilihan raya mengandungi gambar calon, lambang atau simbol parti serta gambar pemimpin parti diwakili.

“Ia termasuk lambang atau simbol parti dan gambar pemimpin parti komponen berdaftar secara rasmi.

“Bahan-bahan kempen yang boleh digunakan seperti iklan, surat sebaran, pelekat dan poster perlu mengandungi nama serta alamat pencetak dan penerbitnya, kecuali bendera, poster simbol parti dan gambar pemimpin parti atau calon bertanding,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, bahan kempen mengandungi perkataan yang boleh menggalakkan perasaan jahat, berunsur perkauman dan menyentuh sensitiviti keagamaan atau boleh mendatangkan permusuhan adalah tidak dibenarkan.

“SPR berharap aktiviti berkempen yang dibenarkan akan berjalan dengan suasana penuh harmoni serta mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan ditetapkan,” katanya.

Abdul Ghani berkata, SPR turut menyediakan SOP membabitkan taklimat petugas, proses cetakan dan semakan kertas undi, pengeluaran dan pengiraan kertas undi pos, semakan isi peti undi, sepanjang tempoh berkempen, hari mengundi dan penjumlahan rasmi undi.

“SPR sudah menubuhkan 28 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR) untuk memantau semua aktiviti calon ketika berkempen.

“Bagi makluman, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga membuka bilik gerakan yang beroperasi selama 24 jam bermula dari 8 November 2021 sehingga 20 November 2021. Nombor hotline yang boleh dihubungi untuk sebarang aduan ialah 06-289 6000 atau 06-289 6011,” katanya.

PRN Melaka diadakan selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri berkenaan mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik semula sokongan kepada kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali sehingga menyebabkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan.

Mereka terdiri daripada ADUN Barisan Nasional (BN) di Sungai Udang yang juga bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron; ADUN Pantai Kundor (BN), Datuk Nor Azman Hassan; ADUN Pengkalan Batu (BEBAS), Datuk Norhizam Hassan Baktee dan ADUN Telok Mas (BERSATU), Datuk Noor Effandi Ahmad. - Getaran, 8 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

SPM Ulangan 2024 Rekod 8,195 Calon

2

Politik 2 tahun yang lalu

Pengundi Semakin Bijak, Sudah Cekap Lihat Warna Sebenar Ahli Politik - Aktivis

3

Politik 2 tahun yang lalu

SPR Perlu Timbang Wujudkan Tapisan Kelayakan Akademik Calon - Aktivis

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad