web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN Norma Baharu, Bahang Tidak Sepanas Dahulu

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2021 10:59AM

Jalan raya menuju ke Pusat Penamaan Calon sunyi selepas SPR tidak membenarkan calon-calon membawa penyokong bagi proses penamaan calon untuk PRN Melaka. - Gambar Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANDAR HILIR - Apabila berbicara tentang penamaan calon pilihan raya, suasananya jarang tidak meriah.

Namun bagi sesi penamaan calon di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini, suasananya amat berbeza sekali.

Tiada lagi kelibat berduyun-berduyun penyokong yang lazimnya akan berkumpul dan berarak mengiringi calon parti masing-masing.

Malah, panji-panji parti yang sebelum ini menghiasi tepian jalan tiap kali musim pilihan raya juga berkurangan dengan begitu ketara.

Di Pusat Penamaan Calon (PPC) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Baru, yang sebelum ini dikenali sebagai Bukit Katil, hanya segelintir penyokong dilihat hadir untuk memberi semangat kepada calon pilihan mereka.

Majoriti ialah penyokong AMANAH yang bertanding di bawah tiket Pakatan Harapan (PH).

Beberapa penyokong merakamkan gambar dari jauh ketika calon mereka memasuki PPC.
Beberapa penyokong merakamkan gambar dari jauh ketika calon mereka memasuki PPC.
Polis berkawal di sekitar Pusat Penamaan Calon bagi memastikan calon mematuhi peraturan dan SOP yang ditetapkan.
Polis berkawal di sekitar Pusat Penamaan Calon bagi memastikan calon mematuhi peraturan dan SOP yang ditetapkan.
Jalan menuju ke Pusat Penamaan Calon sunyi dan lengang disebabkan SOP yang ditetapkan SPR, tidak membenarkan penyokong hadir.
Jalan menuju ke Pusat Penamaan Calon sunyi dan lengang disebabkan SOP yang ditetapkan SPR, tidak membenarkan penyokong hadir.

Antara faktor yang mengakibatkan kesunyian ini adalah penguatkuasaan norma baharu kerana negara masih bergelut dengan pandemik COVID-19.

Kawalan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) kali ini juga cukup ketat, dengan sebarang perarakan di sekitar pusat penamaan calon (PPC) sama sekali tidak dibenarkan.

Bukan itu sahaja, pengamal media juga tidak dibenarkan untuk menemubual calon walaupun di luar pagar PPC. - Getaran, 8 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

PRU-15: Momentum PRN Melaka Untuk BN Tawan Kerusi Parlimen

2

Semasa 4 tahun yang lalu

2021, Warna-Warni Drama Malaysia

3

Politik 4 tahun yang lalu

DAP Sepatutnya Pentingkan Semangat Setia Kawan - AMK

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Polis Keluarkan 9 Kompaun Bernilai RM120,000 Sepanjang Kempen PRN Melaka

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Semasa 22 minit yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad