web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN Sarawak: Fatimah Yakin Abang Johari Akan Pilih Calon Sesuai

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Nov 2021 10:31AM

Datuk Sri Fatimah Abdullah (tengah) menyampaikan bantuan peniaga dan penjaja kecil di bawah Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 dan geran kepada Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia Cawangan Sarawak di bangunan Baitulmakmur, Kuching,

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah yakin Presiden PBB Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg akan memilih calon yang sesuai termasuk dari kalangan wanita pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12.

Beliau berkata, Ketua Menteri itu adalah seorang yang bijaksana dalam menentukan calon terpilih.

“Wanita selalunya tidak pernah terpinggir dalam soal politik, kita berharap pada satu ketika nanti kita sampai ke peringkat tidak perlu melihat kepada jantina,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan bantuan peniaga dan penjaja kecil di bawah Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 dan geran kepada Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia Cawangan Sarawak di bangunan Baitulmakmur di sini, semalam.

Menjelas lanjut Fatimah berkata, penyertaan calon wanita dalam PRN itu, sama ada muka baharu atau lama akan diumumkan sendiri Abang Johari yang juga pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Seperti dikatakan Ketua Menteri kelmarin, belum sampai masanya untuk beliau umum calon-calon yang akan mewakili GPS daripada empat parti komponen,” ujarnya.

Fatimah berkata, dalam PBB sendiri, perbincangan akan dibuat dan keputusan akan ditentukan secara bersama oleh rakan-rakan lain dalam GPS. - Getaran, 7 November 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

2

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

3

Politik 2 hari yang lalu

PRN Johor: Mesyuarat SPR 12 Jun, Tentukan Tarikh Penting Pilihan Raya 

4

Politik 3 hari yang lalu

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC