web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PAS Pertaruh 7 Calon PRN Melaka

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2021 8:07PM

Hadi Awang - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - PAS hari ini memuktamadkan senarai calonnya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dengan menampilkan tujuh individu yang akan bertanding di bawah tiket Perikatan Nasional (PN).

Barisan calon yang turut menyaksikan seorang wanita itu adalah Aziah Mohd Sa’ad di Kuala Linggi, Abu Hashim Abdul Samad (Tabong Naning), Ja’afar Othman (Durian Tunggal), Bakri Jamaluddin (Kelebang), Muhammad Al Afiz Yahya (Bukit Katil), Kamarudin Sidek (Duyong), Ahmad Bilal Rajaudin (Serkam) dan Abd Alim Shapie (Merlimau).

Peletakan calon itu menyaksikan PAS bakal berdepan pertandingan tiga penjuru dengan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di tujuh kawasan berkenaan.

Menurut Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, peletakan calon PAS di bawah logo Perikatan Nasional (PN) yang turut menyaksikan gabungan bersama antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), GERAKAN, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Progresif Sabah adalah pendekatan tepat bagi menonjolkan perpaduan masyarakat majmuk di negara ini.

“Kita harapkan rakyat yang akan mengundi pada PRN Melaka memilih PN dan parti bergabung. Kita yakin rakyat negeri ini berani melakukan pembaharuan dengan memilih PN.

“Kami yakin calon yang (PAS) kemukakan ini dapat menunaikan tanggungjawab dengan baik dan sempurna,” katanya.

Beliau berkata demikian secara maya pada Majlis Pengumuman Calon PN, di sini.

Pengumuman itu dibuat Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Turut hadir, Presiden GERAKAN, Datuk Dr Dominic Lau dan Pengerusi PN Melaka, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.

Abdul Hadi berkata, PAS memilih untuk bekerjasama dengan PN dan menggunakan logo yang sama atas dasar keyakinan terhadap pentadbiran pakatan itu.

Jelasnya, kerajaan pimpinan Muhyiddin berjaya membuktikan perkhidmatan yang baik kepada rakyat walaupun mentadbir dalam tempoh pendek sebelum ini.

“Gabungan kita pilih juga mestilah besar dan kuat yang mampu membuat perubahan walaupun apa dilakukan tidak dijanjikan.

“Lebih baik menunaikan kewajipan sebagai kerajaan tanpa berjanji daripada berjanji tetapi tidak tunaikan,” katanya.

PRN Melaka diadakan selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri berkenaan mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik semula sokongan kepada kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali sehingga menyebabkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan.

Mereka terdiri daripada ADUN BN di Sungai Undang yang juga bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron; ADUN Pantai Kundor (BN), Datuk Nor Azman Hassan; ADUN Pengkalan Batu (Bebas), Datuk Norhizam Hassan Baktee dan ADUN Telok Mas (BERSATU), Datuk Noor Effandi Ahmad. - Getaran, 6 September 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

2

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

3

Politik 2 hari yang lalu

PRN Johor: Mesyuarat SPR 12 Jun, Tentukan Tarikh Penting Pilihan Raya 

4

Politik 3 hari yang lalu

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish