web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mas Ermieyati Lawan Ab Rauf, Komponen PN Berlawan Sesama Sendiri

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2021 7:36PM

Mas Ermieyati Samsudin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

AYER KEROH - Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara bakal bergegar, apabila dua nama besar bakal bertanding merebut kerusi berkenaan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan penyandang kerusi Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dari BERSATU masing-masing dinamakan sebagai calon untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November nanti.

Ab Rauf yang sebelum ini menyandang portfolio Speaker DUN Melaka diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) manakala Mas Ermieyati pula dicalonkan mewakili Perikatan Nasional (PN).

Mas Ermieyati juga adalah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Parlimen).

Ironinya, kedua-dua UMNO dan BERSATU iaitu parti komponen PN adalah sebahagian daripada blok Kerajaan.

Pencalonan Mas Ermieyati diumumkan hari ini oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang media secara maya hari ini.

Mas Ermieyati ialah bekas Ketua Puteri Umno dan juga Ahli Parlimen Masjid Tanah daripada parti tersebut, sebelum bertindak meninggalkan UMNO susulan kekalahan BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei 2018.

DUN Tanjung Bidara akan berdepan saingan tiga penjuru, dengan seorang lagi calon ialah Zainal Hassan selaku wakil PKR. - Getaran, 6 November 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

2

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

3

Politik 2 hari yang lalu

PRN Johor: Mesyuarat SPR 12 Jun, Tentukan Tarikh Penting Pilihan Raya 

4

Politik 3 hari yang lalu

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 minit yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan