web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sulaiman Kekal Ketua Menteri Jika BN Menang - Mohamad

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2021 12:09PM

Datuk Seri Sulaiman Md Ali akan kekal sebagai Ketua Menteri sekiranya BN memenangi PRN Melaka.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Sulaiman Md Ali akan dikekalkan sebagai Ketua Menteri sekiranya Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengarah Pilihan Raya BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu itu turut dikekalkan di kawasan berkenaan bagi menghadapi PRN Melaka pada 20 November ini.

“Ini (Sulaiman) adalah muka lama dan penyandang kerusi Lendu. Beliau akan dilantik jadi Ketua Menteri jika BN memenangi PRN Melaka.

“Tapi beliau dan BN kena menang dululah, kalau tak menang nak jadi apa,” katanya berseloroh ketika mengumumkan nama 28 calon parti itu pada Sidang Media Pengarah PRN Melaka 2021 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir; Bendahari Agung BN, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Penasihat BN, Datuk Seri Najib Razak.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusof dan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Mohamad berkata, buat pertama kali, kesemua calon dipilih itu perlu menandatangani perjanjian untuk tidak melompat parti,

“Jika ada mana-mana antara mereka melakukan tindakan itu, mereka akan dikenakan tindakan tegas menerusi peruntukan undang-undang negara.

“Ada dua, tiga perjanjian yang mereka kena tandatangani. Ini adalah aku janji kepada parti,” katanya.

Ditanya apakah bentuk hukuman akan dikenakan kepada individu terbabit, Mohamad berkata, perkara itu akan ditentukan mahkamah.

“Mahkamah akan tentukan hukuman yang sesuai kalau ingkar janji. Ada peruntukan tertentu, biar mahkamah tetapkan,” katanya.

PRN Melaka diadakan selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri berkenaan mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik balik sokongan kepada kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali sehingga menyebabkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan.

ADUN itu adalah ADUN Barisan Nasional (BN) di Sungai Undang yang juga bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron; ADUN Pantai Kundor (BN), Datuk Nor Azman Hassan; ADUN Pengkalan Batu (BEBAS), Datuk Norhizam Hassan Baktee dan ADUN Telok Mas (BERSATU), Datuk Noor Effandi Ahmad. - Getaran, 6 November 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

2

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

3

Politik 2 hari yang lalu

PRN Johor: Mesyuarat SPR 12 Jun, Tentukan Tarikh Penting Pilihan Raya 

4

Politik 3 hari yang lalu

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan