web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


DUN Sarawak Bubar, Beri Laluan Pilihan Raya Negeri - Abang Johari

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Nov 2021 2:23PM

Abang Johari menunjukkan surat kenyataan akhbar pembubaran DUN Sarawak pada sidang media khas di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Dewan Undangan Negeri Sarawak telah terbubar berkuat kuasa 3 November, sekali gus memberi laluan kepada pilihan raya negeri.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata pembubaran itu selaras dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bahawa Proklamasi Darurat bagi Sarawak ditamatkan pada hari yang sama.

“Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) akan memberitahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) (berhubung pembubaran DUN Sarawak).

“Situasi sangat unik apabila Agong menamatkan darurat, secara automatik (DUN) terbubar. Bagaimanapun mengikut prosedur, kami akan meminta Speaker memaklumkan SPR,” kata beliau pada sidang media di sini  hari ini.

Pada Rabu, Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan supaya Proklamasi Darurat di Sarawak ditamatkan lebih awal daripada yang dijadualkan pada Februari 2022 selepas berunding dengan Yang Dipertua Negeri Sarawak dan mempertimbangkan nasihat Perdana Menteri, Peguam Negara dan ketua agensi kerajaan yang berkaitan.

Abang Johari berkata sekiranya Proklamasi Darurat itu tidak diisytiharkan, DUN terbubar pada 7 Jun lepas mengikut Perlembagaan Negeri Sarawak dan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di bawah pimpinannya tidak lagi mempunyai mandat rakyat yang diberikan pada 2016, untuk memerintah.

“Berpegang kepada sumpah kami untuk memelihara dan melindungi Perlembagaan Negeri Sarawak dan Perlembagaan Persekutuan dan menjaga hak rakyat untuk memilih kerajaan sendiri, kerajaan GPS merasakan adalah suatu pengkhianatan kepada sumpah itu jika kerajaan GPS terus berkuasa di sebalik alasan darurat sedangkan mandat rakyat untuk mentadbir telah tamat,” katanya

Beliau berkata atas sebab itu kerajaan negeri telah berunding dan menasihatkan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud supaya memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong agar menamatkan Proklamasi Darurat yang diisytiharkan pada 2 Ogos lepas, lebih awal.

Abang Johari berkata menyedari kesihatan dan keselamatan rakyat Sarawak adalah perkara paling utama, kerajaan negeri telah mengadakan perbincangan yang teliti dan berterusan dengan pihak berkuasa kesihatan dan pihak berkepentingan lain agar pilihan raya diadakan dengan semua prosedur operasi standard (SOP) yang diperlukan.

“Kadar vaksinasi COVID-19 di negeri ini juga telah mencapai tahap yang boleh diterima oleh pihak berkuasa agar pilihan raya dapat dijalankan dengan selamat,” katanya.

Pada 31 Julai lepas, Al-Sultan Abdullah mengisytiharkan Proklamasi Darurat diteruskan di Sarawak hingga 2 Februari 2022 susulan ancaman pandemik COVID-19, sekali gus menangguhkan pilihan raya negeri bagi tempoh berkenaan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

3

Politik 4 minggu yang lalu

17 Kerusi Baharu DUN Sarawak Masih Belum Dimuktamadkan, SPR Terus Membisu

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lelaki Sarawak Terima MyKad Selepas Penantian 33 Tahun

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Semasa 21 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad