web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MUDA Bukan Komponen PH - Fahmi Fadzil

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2021 3:54PM

Fahmi Fadzil - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Parti Ikatan Demokratik (MUDA) bukan parti komponen dalam Pakatan Harapan, kata Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Fahmi Fadzil.

Jawapan itu diberikan Ahli Parlimen Lembah Pantai tersebut kepada pengikutnya di laman sosial Twitter, apabila ditanya mengenai permintaan MUDA untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Fahmi berkata, pembahagian kerusi antara parti komponen iaitu PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) telah pun selesai namun perbincangan dengan parti lain akan dijalankan mulai sekarang.

“MUDA bukan dalam Pakatan Harapan. Ini pembahagian yang telah selesai di kalangan parti komponen; perbincangan dengan mana-mana parti lain Insya Allah bermula sekarang,” ciapnya di Twitter.

Fahmi yang juga Pengarah Komunikasi PKR, berkata secara teknikalnya MUDA bukan parti politik yang sah.

“Secara teknikalnya, MUDA belum lagi didaftarkan sebagai parti politik,” ciapnya lagi.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Sebelum ini, Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan parti itu akan bertanding pada PRN Melaka 20 November depan.

Menurutnya, rundingan untuk menempatkan calon parti itu kini sedang dalam proses bersama PH.

Bagaimanapun, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan agihan kerusi antara parti komponen PH sudah selesai dengan PKR ditempatkan di 11 kawasan, AMANAH (9) dan DAP (8) menjadikan jumlah keseluruhan pencalonan sebanyak 28.

“Selepas mengadakan pelbagai libat urus dan rundingan jangka panjang, kita sudah memutuskan serta memuktamadkan agihan kerusi untuk PRN Melaka.

“Pembahagian Parlimen, PKR akan bertanding di dua kerusi, AMANAH dua kerusi dan DAP tambah kerusi di Alor Gajah sebab ini kawasan tradisional ditandingi DAP,” katanya. – Getaran, 29 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

SPRM, Kerajaan Bantah Permohonan MUDA Rujuk Siasatan Hakim Nazlan Ke Mahkamah Persekutuan

2

Politik 2 tahun yang lalu

Syed Saddiq Lepas Jawatan Presiden MUDA, Mahu Fokus Bersihkan Nama

3

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Pre Wedding Photoshoot’ Ke? Penampilan Syed Saddiq Untuk Majalah Mewah Dipertikai 

4

Politik 2 tahun yang lalu

MUDA Tak Pernah Mohon Sertai PN – Amir Hadi 

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

Luar Negara 5 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad