web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Solo Atau Kerjasama, UMNO Belum Buat Keputusan - Mahdzir

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2021 6:12PM

Mahdzir Khalid - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PADANG TERAP - Majlis Tertinggi UMNO sehingga hari ini masih belum membuat sebarang keputusan berhubung percaturan parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, sekiranya ia dilangsungkan nanti.

Naib Presiden parti, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ia berhubung pendirian parti, sama ada mahu bergerak secara solo di bawah panji Barisan Nasional (BN) atau menjalin kerjasama dengan PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Menurut beliau, perkara itu sama sekali tidak diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu yang diadakan tiga hari lalu. 

Katanya, UMNO ketika masih memiliki masa untuk membuat keputusan berhubung perkara itu dan ia akan dibincangkan apabila tiba masanya nanti. 

"Perkara itu akan diputuskan dalam Majlis Tertinggi parti. Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ada beri kenyataan tetapi beliau akan pulangkan semula kepada Majlis Tertinggi buat keputusan. 

"Dalam mesyuarat tiga hari lepas, tiada sebarang keputusan untuk menentukan sama ada kita 'pergi' solo atau bermuafakat bersama parti lain," katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pada Majlis Pekebun Kecil Makmur Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) di Dewan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Naka di sini, hari ini. 

Menerusi satu wawancara dalam talian baru-baru ini, Ahmad Zahid berkata, UMNO dan BN akan bertanding secara bersendirian dalam PRN Melaka tanpa kerjasama parti lain termasuk PAS yang menjadi sekutunya dalam Muafakat Nasional (MN) atau BERSATU. 

Menurut Ahmad Zahid, antara punca tiada kerjasama dengan PAS ialah MN itu sendiri tidak pernah didaftarkan, menyebabkan beliau tidak nampak ada 'cahaya terang' untuk ia direalisasikan, seperti beberapa pilihan raya kecil (PRK) yang pernah dilalui sebelum ini. 

Ditanya mengenai hubungan antara semua gabungan parti kerajaan ketika ini, Mahdzir bagaimanapun tidak memberi jawapan yang jelas. 

"Sekarang ini kita tubuhkan kerajaan dengan semua parti itulah. Datuk Seri Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri pun, UMNO dan parti-parti itulah yang ada sekali dalam kerajaan tersebut," katanya. - Getaran 16 Oktober 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

PRU-15: Momentum PRN Melaka Untuk BN Tawan Kerusi Parlimen

2

Semasa 4 tahun yang lalu

2021, Warna-Warni Drama Malaysia

3

Politik 4 tahun yang lalu

DAP Sepatutnya Pentingkan Semangat Setia Kawan - AMK

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Polis Keluarkan 9 Kompaun Bernilai RM120,000 Sepanjang Kempen PRN Melaka

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 4 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran