web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ketua Menteri Caretaker, PH Tolak Sulaiman 

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2021 4:45PM

Sulaiman Md Ali - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) menolak Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri ‘caretaker’ Melaka seperti yang dinamakan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Kamel Mohamad.

Majlis Presiden PH dalam satu kenyataan berkata, perbincangan sepatutnya diadakan terlebih dahulu antara Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, blok majoriti yang diketuai Adly Zahari bersama kumpulan Datuk Seri Idris Haron dan minoriti yang diketuai Sulaiman sebelum menamakan sesiapa untuk memegang jawatan tersebut.

"Seperti yang berlaku di Perak pada 2009 atau Melaka sendiri pada tahun 2020, seharusnya blok majoriti diberi peluang mengetuai pentadbiran negeri," katanya.

Kenyataan berkenaan ditandatangani bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Menurut majlis, SUK mengakui Perlembagaan Negeri tidak memperuntukkan fungsi dan peranan kerajaan 'caretaker' sekali gus merujuk kepada konvensyen sistem demokrasi berparlimen di negara Komanwel.

"Sulaiman jelas telah hilang sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Melaka sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan dan tidak lagi mampu mengetuai kerajaan negeri," tegasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Majlis Presiden turut mengekalkan pendirian untuk menolak Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka diadakan pada waktu ini bagi mengelak gelombang keempat penularan wabak COVID-19.

"Ini bagaimanapun tidak bermakna darurat juga perlu diadakan, berikutan perkara itu akan menimbulkan kegusaran dalam kalangan pelabur, selaras dengan usaha meningkatkan semula sektor ekonomi di negeri ini.

"Oleh itu, perbincangan perlu diadakan agar semua pihak memastikan Perlembagaan Negeri ditegakkan dan dihormati dengan mewajibkan mana-mana kerajaan termasuk kerajaan ‘caretaker’ diwakili oleh majoriti ADUN," katanya. - Getaran, 13 Oktober 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

PRU-15: Momentum PRN Melaka Untuk BN Tawan Kerusi Parlimen

2

Semasa 4 tahun yang lalu

2021, Warna-Warni Drama Malaysia

3

Politik 4 tahun yang lalu

DAP Sepatutnya Pentingkan Semangat Setia Kawan - AMK

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Polis Keluarkan 9 Kompaun Bernilai RM120,000 Sepanjang Kempen PRN Melaka

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Semasa 4 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad