web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ada Campur Tangan Individu Halang Tugas Exco - Idris Haron

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2021 8:36PM

Idris Haron - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Sehari selepas mengumumkan menarik sokongan dan hilang kepercayaan terhadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron dan dua lagi Exco Kerajaan Negeri Melaka hari ini menjelaskan tindakan mereka berbuat demikian, yang secara tidak langsung mencetuskan krisis politik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang itu mendakwa terdapat campur tangan individu tertentu sehingga menyebabkan Exco Kerajaan negeri Melaka tidak dapat menjalankan peranan dan fungsi mereka kepada rakyat.

Bekas Exco Pembangunan Daerah, Luar Bandar, Pengurusan Banjir dan Teknologi Hijau negeri itu berkata semua perkara yang dirujuk kepada Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali untuk tindakan tidak dapat diputuskan beliau, sebaliknya perlu dirujuk kepada pihak berkenaan.

"Saya tidak ada masalah dengan Sulaiman… beliau seorang yang baik dan menghormati semua orang tetapi saya mempunyai masalah dengan (kepimpinan) Ketua Menteri Melaka yang menjadi boneka kepada individu berkenaan.

"Saya ada masalah dengan (kepimpinan) Ketua Menteri yang terpaksa merujuk keputusan kepada seseorang yang lain. Kita ada 10 Exco kerajaan negeri dan kita mempunyai hak untuk membuat keputusan tetapi ia tidak dapat dilaksanakan," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Hadir sama ADUN Pengkalan Batu Datuk Norhizam Hassan Baktee yang merupakan bekas Exco Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, dan ADUN Telok Mas Datuk Noor Effandi Ahmad yang juga bekas Exco Jabatan Ketua Menteri (Pendidikan).

Sementara itu, ADUN Pantai Kundor Datuk Nor Azman Hassan tidak menghadiri sidang media itu kerana dikhabarkan kurang sihat.

Idris berkata situasi itu menjejaskan peranan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kerana banyak keputusan  tidak dapat dilaksanakan, sekali gus memberi impak negatif kepada Melaka terutama membabitkan pembangunan dan ekonomi negeri.

Ketika ditanya tentang ura-ura beliau akan dilantik semula sebagai Ketua Menteri Melaka di bawah kepimpinan Pakatan Harapan, Idris berkata hal itu bukan keutamaan mereka ketika ini, sebaliknya usaha membentuk kerajaan negeri baharu lebih penting.

"Semua ADUN dalam PH berpotensi menjadi Ketua Menteri Melaka dan setakat ini saya tidak mencalonkan diri saya dan kami tidak bercerita tentang isu ini," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Idris mendakwa dua lagi ADUN daripada UMNO akan menyatakan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kepimpinan kerajaan negeri Melaka.  

Rentetan pengumuman empat ADUN berkenaan, Sulaiman dilaporkan menghantar surat kepada Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Ali Rustam semalam bagi memaklumkan kedudukan itu dan meminta perkenan untuk pembubaran DUN.  

Speaker DUN Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh hari ini berkata Mohd Ali telah membuat pertimbangan dan bersetuju DUN Melaka dibubarkan pada 4 Okt bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan.

Sebelum ini, kerajaan Melaka pimpinan Barisan Nasional (BN) diwakili 17 ADUN yang terdiri daripada 14 ADUN UMNO, dua (Bersatu) dan satu Bebas manakala pembangkang mempunyai 11 kerusi iaitu tujuh DAP, dua (PKR) dan dua (Amanah). - Bernama

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Semasa 4 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad