web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Parlimen Perlu Bebas Daripada Cengkaman Mana-Mana Pihak - Rais

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2021 1:47PM

Rais Yatim pada Majlis Mengangkat Sumpah Ahli Dewan Negara di Dewan Negara, Bangunan Parlimen hari ini.
 - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Parlimen perlu bebas daripada cengkaman mana-mana pihak selari dengan transformasi yang sedang direncanakan, kata Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata tumpuan agenda transformasi adalah kepada Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 atau Akta 347 serta mewujudkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 yang dimansuhkan pada 1992.

“Begitu jugalah halnya dalam soal kewangan dan pentadbiran kerana sudah tiba masanya Parlimen menentukan kaedah kewangan sendiri dan bagaimana ia hendak dibelanjakan juga adalah bidang kuasa sepenuhnya Parlimen,” katanya sempena majlis mengangkat sumpah jawatan enam Ahli Dewan Negara di bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan Parlimen juga tidak boleh lagi dilabelkan sebagai alat mana-mana pihak untuk menghalalkan apa jua yang ingin dilakukan.

Justeru itu, katanya Dewan Negara dan Dewan Rakyat bersepakat untuk menambah baik struktur pentadbiran dan kerangka perundangan berkenaan dengan Parlimen agar konsep pengasingan kuasa benar-benar wujud sekali gus memastikan kewibawaannya dapat diperkasakan.

Rais menjelaskan Peraturan-Peraturan Mesyuarat juga akan ditambah baik meliputi aspek perjalanan mesyuarat, disiplin ahli dan memperkuatkan jawatankuasa-jawatankuasa pilihan khas supaya mempunyai kuasa pelaksanaan.

Menurutnya, jika semua transformasi berkenaan dilunaskan, banyak hal dan muslihat yang tidak dapat dikawal akan dapat diatasi oleh Parlimen melalui kuasanya.

Terdahulu enam senator yang mengangkat sumpah untuk lantikan selama tiga tahun ialah Dr Wan Martina Wan Yusoff, Datuk Ajis Sitin, Datuk Juhanis Abd Aziz,  Aziz Ariffin, Seruandi Saad dan Fadhlina Sidek.

Dr Wan Martina merupakan pilihan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang berkuat kuasa mulai 24 Ogos lepas hingga 23 Ogos 2024 manakala Ajis dan Juhanis adalah pilihan DUN Pahang yang berkuat kuasa pada 25 Ogos lepas hingga 24 Ogos 2024.

Aziz dan Seruandi pula dipilih DUN Perlis yang berkuat kuasa 26 Ogos lepas hingga 25 Ogos 2024, sementara Fadhlina merupakan pilihan DUN Pulau Pinang yang berkuat kuasa pada 1 September lepas hingga 31 Ogos 2024.

Kesemua mereka mengangkat sumpah sebagai senator buat kali pertama pada majlis yang berlangsung dalam keadaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Reformasi MITRA Berjaya Dilaksanakan Di Bawah Kepimpinan Anwar - Ramanan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

oleh Sophia Ahmad