web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Usul Undi Percaya PM Tiada Dalam Aturan Mesyuarat Dewan Rakyat

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Sep 2021 3:36PM

Fahmi Fadzil - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak akan tersenarai dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat yang berlangsung mulai 13 September ini.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil ketika berkongsi Aturan Urusan Mesyuarat berkata, usul akan dimulakan dengan pemilihan bagi mengisi kekosongan kerusi Timbalan Speaker, susulan peletakan jawatan Datuk Seri Azalina Othman Said, 23 Ogos lalu.

Menurut beliau, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin juga akan mengusulkan cadangan untuk Ketua Polis Negara memastikan laluan Ahli Parlimen ke Dewan Rakyat sentiasa terbuka tanpa halangan.

“Aturan Urusan Mesyuarat itu boleh dikemaskini pada saat akhir yang memberi peluang kepada Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun untuk menyenaraikan perkara lain berkaitan,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Pada 20 Ogos lalu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri, menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melepaskan jawatannya selepas kehilangan sokongan majoriti.

Namun, dua hari sebelum pelantikan itu, Yang di-Pertuan Agong selepas pertemuan dengan ketua parti politik menitahkan supaya Perdana Menteri baharu mengemukakan usul undi percaya di Parlimen bagi mengabsahkan sokongan terhadapnya.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun pada 3 September lalu berkata, Ismail Sabri menerusi satu pertemuan memaklumkan, tiada keperluan untuk beliau mengemukakan usul berkenaan.

Kenyataan itu turut dipersetujui Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun yang memberitahu, tiada keperluan untuk mengabsahkan pelantikan Perdana Menteri kerana kerajaan yang sudah dibentuk adalah selaras dengan peruntukan undang-undang.

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat Parlimen Ke-14 akan berlangsung bermula 13 September hingga 12 Oktober ini. – Getaran, 7 September 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 3 minggu yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 3 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad