web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selesai Segera Kemelut Lantikan Naib Canselor UiTM

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2021 6:20PM

Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) diharap dapat menyelesaikan segera isu pelantikan Naib Canselor baharu Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang tertangguh, bagi mengelakkan wujud persepsi negatif berterusan terhadap institusi pengajian tinggi (IPT) itu.

Perkara terbabit dikemukakan kepimpinan tiga kesatuan dan persatuan dalaman UiTM, iaitu Pemangku Presiden Persatuan Kakitangan Akademik UiTM (UTiMAS), Prof Madya Datin Dr Sarimah Ismail, Presiden Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (MITASA), Ahmad Faisal Mohamed Fiah dan Presiden Kesatuan Kakitangan Umum UiTM (KKUiTM), Zulkifli Mohamed.

Menurut mereka, penangguhan pelantikan itu yang disahkan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi (JBT), Datuk Dr Husaini Omar baru-baru ini, sedikit sebanyak menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat, selepas tular di media sosial.

“Kami juga sudah menghantar sepucuk surat kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin bagi menyatakan pandangan dan cadangan, berhubung kaedah penyelesaian yang difikirkan paling efisien.

“Kami menaruh kepercayaan terhadap kebijaksanaan Perdana Menteri untuk meneliti perkara ini, seterusnya menyampaikan nasihat bersesuaian supaya tindakan segera dapat diambil,” kata kumpulan pemimpin itu hari ini.

Isu berkenaan mula tercetus selepas pelantikan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UiTM, Prof Dr Roziah Mohd Janor menerusi surat bertarikh 2 Ogos lalu untuk mengisi jawatan Naib Canselor UiTM yang kosong sejak Mac 2021, ditangguhkan.

Penangguhan menerusi surat bertarikh 7 Ogos 2021 itu dibuat Husaini selepas Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad yang mengumumkan pelantikan Roziah, meletakkan jawatannya pada 6 Ogos 2021 susulan ketetapan UMNO menarik semula sokongan ke atas kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Kumpulan berkenaan berkata, kesatuan dan persatuan tidak mempunyai sebarang kepentingan terhadap mana-mana calon yang memohon jawatan terbabit atau disenarai pendek Jawatankuasa Pemilihan, malahan sehingga kini mereka tidak pernah dimaklumkan secara khusus nama berkenaan.

“Namun, kami percaya pemilihan Prof Dr Roziah Mohd Janor sudah melalui proses saringan dan temuduga serta mematuhi kriteria ditetapkan Jawatankuasa Pemilihan.

“Kami juga ingin tegaskan bahawa pihak kami tidak pernah mengeluarkan sebarang surat atau kenyataan membantah pelantikan terbabit, malah kami konsisten bahawa pelantikan Naib Canselor harus dibuat secara telus dan tidak dipengaruhi unsur negatif yang boleh mendatangkan kesan tidak baik terhadap imej UiTM sebagai institusi pendidikan tersohor,” katanya. - Getaran, 11 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 15 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

2

Pendidikan 6 hari yang lalu

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

3

Pendidikan 1 minggu yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

4

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Lebih 12,000 Guru Bersara Setiap Tahun, Jurang Usia Antara Pendidik Cetus Kebimbangan 

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad