web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dr Zaliman Sauli Dilantik Naib Canselor UniMAP

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Aug 2021 3:22PM

Dr. Zaliman Sauli mengimbas kad perakam masa pada hari pertama beliau sebagai Naib Canselor UniMAP.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KANGAR - Prof Ts Dr Zaliman Sauli dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang baharu berkuat kuasa semalam. 

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menerusi kenyataan memaklumkan pelantikan Zaliman adalah bagi menggantikan Prof Ir Ts Dr R Badlishah Ahmad yang telah hampir dua tahun menyandang jawatan tersebut sejak 2019.

Zaliman, 54, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Fizik daripada Universiti Teknologi Malaysia, Sarjana Sains (MSc in Advanced Semiconductor Materials and Devices) daripada University Of Surrey, United Kingdom dan seterusnya memperoleh Ijazah Doktor Falsafah Kejuruteraan Mikroelektronik daripada UniMAP pada 2012.

“Bersesuaian dengan pengalaman beliau dalam pelbagai portfolio, Zaliman telah menyumbang kepada peningkatan kebolehpasaran graduan, memperkasa staf akademik melalui kelayakan profesional dan pengalaman industri dan mendapatkan pengiktirafan bagi kursus akademik yang dilaksanakan oleh universiti menerusi Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (SETARA), QS World University Subject Ranking dan THE World University Ranking,” menurut KPT menerusi kenyataan hari ini.

Zaliman turut terlibat dalam mempergiat aktiviti penjanaan pendapatan universiti bagi memastikan kelestarian kewangan dan melaksana program berimpak yang melibatkan universiti dan komuniti melalui konsep universiti untuk masyarakat (unimap4society).

Menurut KPT, pengalaman dan kepakaran Zaliman juga telah diiktiraf melalui kepercayaan untuk menerajui pelbagai Persatuan dan Majlis seperti Pengerusi IEEE Electron Devices Society Malaysia Chapter 2009-2010 Session, Pengerusi Majlis Keusahawanan Universiti Awam, Pengerusi Majlis Kesihatan Universiti Awam dan Pengerusi Sekretariat Majlis Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Awam. 

“Dengan visi untuk meneraju UniMAP sebagai sebuah universiti teknikal yang berdaya saing di peringkat antarabangsa dalam bidang akademik, penyelidikan, pembangunan dan melahirkan graduan holistik, Kementerian percaya bahawa Zaliman mampu untuk menggalas tanggungjawab ini dan meneruskan kesinambungan kecemerlangan kepimpinan UniMAP,” menurut KPT. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad