web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Misteri Komputer Riba, 93,282 Unit 'Dalam Perjalanan'

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2021 8:07AM

Sejak PKP dilaksanakan pada 2020, kerajaan telah melaksanakan sesi PdPR yang dibuat secara dalam talian. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Status ‘kehilangan’ komputer riba dijanjikan kerajaan kepada pelajar dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah (B40) kini terjawab apabila Yayasan Hasanah yang diberikan peranan menyediakan dan mengagihkan peranti pintar itu, sudah mengemas kini data pengedarannya.

Menerusi perkongsian data itu di laman web Yayasan Hasanah, pihak berkenaan memaklumkan sehingga 1 Julai lalu, sebanyak 56,718 unit komputer riba daripada 150,000 yang diumumkan kerajaan, sudah diedarkan kepada pelajar, membabitkan 446 sekolah di 129 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di seluruh negara.

“Sebanyak 93,282 unit masih belum diserahkan kepada pelajar dan proses pemberian baki peranti pintar ini akan dibuat sehingga akhir September seperti dijangkakan.

“Daripada jumlah ini, sebanyak 12,909 sedang dalam proses agihan, manakala 80,373 dijangka diberikan pada akhir September depan,” katanya.

Pada 6 November lalu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, mengumumkan pemberian sebanyak 150,000 komputer riba secara percuma kepada murid B40 di 500 sekolah perintis.

Usaha tersebut tidak lain tidak bukan bagi memudahkan mereka mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) yang dibuat secara dalam talian.

Bagi merealisasikan bantuan itu, umumnya, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) akan menyalurkan sumbangan bernilai RM150 juta ke Tabung Cerdik.

Namun pemberian terbabit mencetuskan perdebatan dan pertikaian meluas dalam kalangan murid, ibu bapa, guru serta kesatuan berkaitan apabila peranti pintar terlibat masih belum diterima golongan sasar walau sudah diumumkan lebih lapan bulan lalu.

Dalam hal ini, Kementerian Pendidikan turut didakwa menyumbang kepada kelewatan kerana culas dalam mengotakan janji, malah tidak prihatin dalam membantu menyelesaikan kemelut melatari PdPR pada kadar segera.

Bercakap kepada Getaran, sumber KPM menyifatkan tuduhan dan sikap meletakkan kesalahan di bahu kementerian diketuai Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Mohd Radzi Jidin itu sebagai tidak wajar.

“KPM sememangnya terbabit dalam program itu, namun tanggungjawab kami tertumpu kepada membekalkan data berhubung lokasi sekolah dan jumlah murid disasarkan.

“Kementerian Kewangan serta Yayasan Hasanah pula memainkan peranan menjayakan penyerahan itu dan difahamkan usaha berkenaan sememangnya sedang diusahakan, jadi diharap bakal penerima terus bersabar,” katanya.

Sumber mendakwa, pasukan penyerahan berdepan beberapa kekangan, termasuk kedudukan geografi kawasan didiami penerima yang terletak jauh di pedalaman.

“Semua ini menyukarkan kita untuk menyelesaikan dengan segera pengagihan komputer riba berkenaan,” katanya. – Getaran, 8 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 5 hari yang lalu

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

2

Pendidikan 1 minggu yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

3

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Lebih 12,000 Guru Bersara Setiap Tahun, Jurang Usia Antara Pendidik Cetus Kebimbangan 

4

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Mata Pelajaran Sejarah, Bahasa Melayu Kekal Syarat Wajib Ke IPTA - Zambry

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad