web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Umum Baucar Buku RM100 Untuk Golongan Pelajar

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2024 8:48PM

Perdana Menteri (tengah) dikerumuni orang ramai ketika merasmikan PBAKL 2024 - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan pemberian baucar buku RM100 kepada golongan pelajar yang bermula esok petang.

Beliau berkata pemberian baucar itu membabitkan murid tahun empat dan ke atas, pelajar sekolah menengah, penuntut institusi pendidikan tinggi serta Institusi Pendidikan Guru dan panduan mengenai judul buku yang boleh dibeli menggunakannya akan disediakan oleh kerajaan.

"Saya cadang kita beri panduan kerana sebelum ini ada tetapi beli buku picisan yang tidak bernilai, mungkin sebahagiannya boleh untuk judul seperti karya sasterawan negara A. Samad Said, Shahnon Ahmad dan (Datuk Dr) Anwar Ridhwan.

"Juga usulkan mengenai buku terkait digital, Al (kecerdasan buatan) kerana negara kita melonjak ke arah itu dan rugi jika anak-anak tak tahu apa dia (Al), dan (sebahagian lagi baucar) kita beri kelonggaran kepada penerima untuk pilih sendiri," katanya.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata demikian ketika berucap merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBKL) 2024 ke-41 di sini.

Turut hadir Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Anwar juga berkata cadangan untuk memberikan baucar itu kepada murid tahun empat dan ke atas adalah bagi mengurangkan tekanan kepada kewangan kerajaan.

"Jadi tidak boleh beri kepada semua sekali gus... negara berdepan kekangan ekonomi malah kerajaan ketika ini mewarisi hutang sekitar RM1.5 trilion selain keadaan defisit fiskal negara.

"Sekarang kita putuskan urus tadbir dengan baik, henti rasuah dan sakau bagi turunkan kadar hutang, rendahkan defisit belanjawan negara," katanya.

Perdana Menteri turut meminta Fadhlina dan Zambry meneliti mekanisme pemberian baucar supaya ia dapat dilaksana seawal 2 petang esok sekali gus dapat dimanfaat oleh pengunjung PBAKL 2024.

PBAKL 2024 berlangsung selama 10 hari dari 24 Mei hingga 2 Jun. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad