web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Tolak Ansur Terhadap Kesalahan Seksual - KPM

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2024 12:13PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan (KPM) menegaskan tiada tolak ansur terhadap kesalahan seksual di semua institusi pendidikan di bawah seliaanya.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini, KPM memaklumkan pihaknya bersedia memberi kerjasama penuh kepada siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa mengenai siasatan ke atas seorang guru wanita yang didakwa melakukan kesalahan seksual terhadap pelajar lelaki berusia 16 tahun.

"KPM memandang serius kes salah laku seksual yang melibatkan guru dan murid seperti yang dilaporkan oleh media.

"Kes ini berada dalam perhatian KPM dan tindakan telah diambil mengikut garis panduan sedia ada," menurut kenyataan itu.

KPM dalam pada itu turut menyeru semua pihak untuk melaporkan kes jenayah seksual supaya tindakan tegas dapat diambil.

"Institusi pendidikan di bawah KPM diminta untuk mematuhi Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Seksual yang sedang berkuat kuasa bertujuan untuk memelihara keselamatan dan kesejahteraan murid," menurut kenyataan itu.

Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusoff berkata, polis menerima laporan pada 12 Disember lalu yang mendakwa suspek yang berusia 37 tahun mencabul mangsa, ketika mengulang kaji pelajaran bersama guru terbabit di perpustakaan.

Wan Kamarul Azran berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak yang membawa hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dan sebatan. -BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Rogol Pelajar Tingkatan 3: ‘4 Pelajar Senior Itu Sudah Dibuang’ - KP

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Program Matrikulasi: Kuota Bumiputera Tidak Berubah - PM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Semua Lepasan SPM Dapat 10 A Ke Atas Berpeluang Ke Matrikulasi - PM

4

Pendidikan 2 tahun yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Network School: Imigresen Jejak 18 Warga Asing, ‘Hilang’ Daripada Rekod Rasmi 

oleh Sophia Ahmad