web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selepas 125 Tahun Penubuhan, SK St. Paul Terima Murid Perempuan

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2024 12:50PM

Antara murid perempuan yang diterima masuk ke SK St Paul mulai sesi persekolahan 2024/2025. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Selepas 125 tahun penubuhannya, Sekolah Kebangsaan (SK) St. Paul di sini mencatat sejarah apabila mula menerima kemasukan pelajar perempuan buat kali pertama bersempena dengan sesi baharu persekolahan hari ini.

Pengerusi Lembaga Pengurus sekolah Dr Mahadevan Deva Tata, berkata pengambilan pelajar perempuan di sekolah itu merupakan inisiatif yang ingin dilakukan sekian lama berikutan kekurangan murid sejak lima tahun lepas. 

"Biasanya, pelajar tahun satu lebih 100 orang, tapi sejak lima tahun kebelakangan ia menurun kepada kira-kira 70 pelajar sahaja, jadi bekas guru besar sebelum ini mahu kita buat sesuatu, kerana kita tidak mahu sekolah ini ditutup jika jumlah murid semakin sedikit. Kita tak mahu keadaan jadi teruk baru nak ubah.

"Kebanyakan ibu bapa hantar anak perempuan mereka ke sini disebabkan turut hantar anak lelaki ke sini, jadi ia memudahkan pihak sekolah selain kita buat promosi ... ramai yang nak daftar untuk tahun dua dan tiga tapi kita ambil tahun satu sahaja buat masa ini," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Guru Besar, E. Margret, berkata sebanyak 10 pelajar perempuan tahun satu mendaftar di sekolah berkenaan dan menjangkakan peningkatan selepas ini dengan segala persiapan dan kemudahan untuk mereka termasuk tandas dilakukan sejak dua bulan lepas.

"Kita mahukan perubahan demi kemenjadian mereka pada masa hadapan, hari ini saya tengok mereka gembira dan teruja datang ke sekolah.

“Tiada bantahan daripada ibu bapa,tujuan kita adalah untuk meningkatkan jumlah pelajar di sekolah ini," katanya dan menambah sejumlah 102 pelajar tahun satu mendaftar hari ini. 

Sementara itu, pelajar tahun satu, Ashley Vianna Mattheus, 7, berkata dia berasa teruja untuk hadir ke sekolah kerana mahu berjumpa rakan-rakan baharu.

"Saya bangun 6 pagi hari ini, sarapan sebelum ayah hantar ke sekolah, rasa gembira lepas lama cuti, ada rasa gementar sedikit sebab sekolah baharu tapi (teruja sebab) dapat jumpa ramai kawan," katanya.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Datuk Dr Roslan Hussin memaklumkan secara keseluruhan sebanyak 174,110 pelajar sekolah rendah dan menengah memulakan sesi persekolahan di negeri ini pada hari ini. - BERNAMA

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Terima Penghargaan Sultan Selangor, ‘LRT3 Shah Alam Bukan Projek Untuk Bermegah’ 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Isu Palestin, Hak Asasi Manusia Dan Kedaulatan Negara: Malaysia Tidak Akan Ambil Pendirian Berkecuali - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

oleh Sophia Ahmad