web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kurikulum Tidak Terjejas Bila Sesi Persekolahan Kembali Bermula Januari 2026

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2024 2:28PM

Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan (tiga dari kiri) ketika beramah mesra dengan ibu bapa pada hari pertama sesi persekolahan 2024/2025 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Kurikulum sekolah pada tahun ini tidak akan terjejas berikutan langkah untuk mengembalikan semula sesi baharu persekolahan kepada Januari pada 2026.

Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan, berkata ibu bapa diminta untuk tidak berasa bimbang dengan penyusunan semula jadual sesi persekolahan yang dilaksanakan.

"Apabila kita menjajarkan sesi persekolahan untuk pastikan boleh kembali kepada sesi persekolahan Januari sehingga Disember, kurikulum kita tidak terjejas.

"la dilaksanakan seperti biasa cuma mungkin ada perubahan sedikit berkaitan tempoh cuti penggal persekolahan yang kita pendekkan," katanya pada sidang media selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail di sini hari ini.

Azman berkata, demikian ketika diminta mengulas sama ada sesi persekolahan tahun ini akan padat memandangkan sesi persekolahan akan kembali bermula Januari pada 2026.

Beliau berkata, jumlah hari persekolahan akan kembali seperti biasa iaitu 190 hari setahun sekiranya sesi persekolahan kembali kepada asal. 

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek sebelum ini berkata sesi baharu persekolahan akan kembali diawalkan pada Januari bermula 2026 dan berikutan itu kawalan terhadap kalendar akademik persekolahan bagi sesi 2024/2025 pada Februari 2025 dilaksanakan. - BERNAMA

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Rogol, Amang Seksual Adik Perempuan, Pekerja Kedai ‘Hardware’ Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kastam Tumpas 5 Sindiket Dadah Antarabangsa, Rampas Narkotik RM300.72 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Ditemukan Maut Dalam Longkang, Meninggal Dunia Akibat Lemas

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Mahu Berjaga Untuk Perjalanan Jauh, Ramai Pemandu Lori Mengaku Ambil Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad