web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


1.44 Juta Murid, Pelajar Mulakan Sesi Persekolahan Di 4 Negeri Hari Ini

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2024 1:26PM

Gelagat murid dan pelajar pada hari pertama sesi persekolahan 2024/2025 hari ini yang dirakam di Kuala Terengganu. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 1.44 juta murid dan pelajar terdiri daripada Kumpulan A melibatkan Johor, Kelantan, Terengganu dan Kedah memulakan sesi persekolahan 2024/2025 hari ini.

Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan, berkata secara keseluruhannya, terdapat seramai lima juta murid serta pelajar mengikuti sesi persekolahan 2024/2025 dengan Kumpulan B akan memulakan sesi akademik esok.

Kumpulan B melibatkan Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

"Terdapat lima juta murid daripada (peringkat) prasekolah sehingga tingkatan enam, manakala di Johor sahaja, ada 602,619 orang (murid dan pelajar)," katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail di JOHOR, hari ini.

Di TERENGGANU, Pengarah Pendidikan Negeri Jelani Sulong, berkata seramai 234,789 pelajar tahun satu hingga tingkatan lima memulakan sesi persekolahan 2024/2025 hari ini di 506 sekolah di negeri itu.

"Jumlah tersebut merangkumi 134,380 murid sekolah rendah dan 100,409 pelajar sekolah menengah," katanya ketika ditemui pemberita di SMK Serada, di Kuala Terengganu. 

Di KELANTAN, Pengarah Pendidikan Negeri Datuk Mohd Zamri Abdul Aziz, berkata seramai 251,185 pelajar memulakan sesi persekolahan di negeri itu bagi sesi persekolahan 2024/2025.

"Sesi persekolahan kali ini dibuka ketika cuaca panas serta kering berpanjangan yang sedang melanda negara.

“Oleh itu, kami minta semua pihak berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga," katanya kepada pemberita selepas meninjau di Sekolah Kebangsaan Ismail Petra 1, Kota Bharu.

Tinjauan Bernama di sekolah berkenaan juga mendapati murid hadir ke sekolah seawal 7 pagi dan turut diceriakan dengan maskot watak animasi BoiBoi Boy, Transformers dan Hello Kitty.

Sementara itu, di KEDAH, Pengarah Pendidikan Negeri Ismail Othman, berkata seramai 200,793 murid di 548 sekolah rendah dan 153,918 pelajar di 204 sekolah menengah memulakan sesi akademik hari ini.

"Terdapat seramai 31,110 murid memasuki tahun satu dan 31,090 murid memasuki tingkatan satu dan setakat ini semua sesi persekolahan di Kedah berjalan lancar," katanya selepas meninjau sesi pembukaan persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah, di Alor Setar. - BERNAMA

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Peranan Penasihat NFCC Cetus Persoalan, Hamzah Tuntut Penjelasan Pelantikan Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Terima Penghargaan Sultan Selangor, ‘LRT3 Shah Alam Bukan Projek Untuk Bermegah’ 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Isu Palestin, Hak Asasi Manusia Dan Kedaulatan Negara: Malaysia Tidak Akan Ambil Pendirian Berkecuali - PM

oleh Sophia Ahmad