web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Azman Adnan Dilantik Ketua Pengarah Pendidikan

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2024 4:37PM

Azman Adnan dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah) Azman Adnan dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan yang baharu berkuatkuasa hari ini, demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM).

Kementerian itu dalam kenyataan hari ini memaklumkan Azman yang berpengalaman lebih 34 tahun dalam bidang pendidikan berkelulusan ljazah Sarjana Muda Sastera Pengajian Melayu daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan ljazah Sarjana Kepimpinan dan Kepengetuaan daripada Universiti Malaya (UM).

Menurut KPM, Azman berpengalaman memimpin institusi pendidikan di pelbagai peringkat termasuk sebagai Pegawai Pendidikan daerah Segamat, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Johor dan Pengarah Pendidikan Negeri Johor.

Antara jawatan yang disandang pada peringkat KPM ialah Pengarah Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional, Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.

"Semoga pengalaman Azman di pelbagai peringkat dapat memacu pendidikan negara ke arah kecemerlangan,”menurut KPM. - BERNAMA

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Ditemukan Maut Dalam Longkang, Meninggal Dunia Akibat Lemas

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Rogol, Amang Seksual Adik Perempuan, Pekerja Kedai ‘Hardware’ Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Terima Penghargaan Sultan Selangor, ‘LRT3 Shah Alam Bukan Projek Untuk Bermegah’ 

oleh Sophia Ahmad