web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KPM Ambil Langkah Segera Laksana Projek Pembangunan Semula Sekolah Daif

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2023 8:00PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) sudah mengambil langkah dan tindakan segera bagi memperkasakan pelaksanaan projek pembangunan semula bangunan sekolah daif di seluruh negara.

KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan antara langkah awal diambil termasuk peluasan skop projek kepada semua bangunan dan fasiliti serta penggunaan skor gred impak (skala 1 hingga 7) bagi menentukan senarai keutamaan pelaksanaan projek penggantian bangunan atau fasiliti yang berada pada Skala 7 dan Skala 6.

Menurut KPM,  pelaksanaan itu dibuat susulan mengambil perhatian Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) berkenaan prestasi pelaksanaan projek pembangunan semula bangunan sekolah daif bagi tahun 2022.

“Projek Pembinaan Sekolah Daif merupakan salah satu inisiatif Pasukan Petugas Khas Reformasi Sektor Awam (STAR) bagi menambah baik serta memantapkan proses pelaksanaan projek pembinaan semula bangunan daif di sekolah, seterusnya memastikan penyampaian perkhidmatan pendidikan yang berkualiti,” menurut kenyataan itu.

Menurut KPM, pada 2023, STAR yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali sudah ditubuhkan selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meningkatkan produktiviti sektor awam. 

KPM memaklumkan pihaknya juga sudah menubuhkan Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Teknikal untuk menyelaras isu pelaksanaan projek di pelbagai peringkat serta melaporkan status semasa projek dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Malaysia MADANI.

“Langkah proaktif kerajaan telah menunjukkan hasil yang positif di mana setakat November 2023, sebanyak 689 daripada 996 projek pembangunan semula bangunan sekolah daif telah siap sepenuhnya, manakala 120 projek dalam pembinaan dan baki 187 projek lagi berada dalam pelbagai peringkat prabina,” katanya.

Menurut KPM, kementerian itu komited untuk terus memperkasakan pengurusan dan pelaksanaan projek pembangunan semula bangunan sekolah daif demi manfaat seluruh masyarakat, terutamanya warga sekolah. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Rogol Pelajar Tingkatan 3: ‘4 Pelajar Senior Itu Sudah Dibuang’ - KP

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Program Matrikulasi: Kuota Bumiputera Tidak Berubah - PM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Semua Lepasan SPM Dapat 10 A Ke Atas Berpeluang Ke Matrikulasi - PM

4

Pendidikan 2 tahun yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Kastam Tumpas 5 Sindiket Dadah Antarabangsa, Rampas Narkotik RM300.72 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 27 minit yang lalu

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Terima Penghargaan Sultan Selangor, ‘LRT3 Shah Alam Bukan Projek Untuk Bermegah’ 

oleh Sophia Ahmad