web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jurang Pendidikan Di Borneo Akan Terus Dirapatkan, Fokus Pada Sekolah Daif - Fadhlina

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Nov 2023 7:36PM

Fadhlina Sidek (kiri) menyampaikan anugerah kepada pemenang Anugerah Malaysia Teacher Prize, Muhammad Nazmi Rosli (kanan) - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) terus komited mengurangkan jurang pendidikan di pedalaman Sabah dan Sarawak dengan memberi fokus utama kepada sekolah daif. 

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata selaras dengan Belanjawan 2024, KPM akan memberi fokus untuk membina sekolah baharu di pedalaman dengan tidak meminggirkan Sabah dan Sarawak. 

“Kita nak keseimbangan itu (sekolah) berlaku dan bila kita bercakap dengan pembangunan kokurikulum dan pembangunan sahsiah ia termasuk juga dengan pembangunan-pembangunan infrastruktur “ katanya pada sidang media Majlis Anugerah Malaysia Teacher Prize 2023 di sini, hari ini. 

Dalam majlis itu, Cikgu Muhammad Nazmi Rosli dari Sekolah Kebangsaan Long Sebangang, Sarawak dinobatkan sebagai pemenang Malaysia Teacher Prize 2023 sekali gus membawa pulang hadiah utama wang tunai RM50,000. 

Muhammad Nazmi yang juga merupakan guru Bahasa Inggeris dipilih sebagai pemenang kerana ikhtiarnya mendidik murid-murid di sekolah dengan membuat latihan simulasi bilik darjah, dengan anak muridnya  diperkenalkan kepada pengalaman kehidupan lazim seperti memasuki kedai dobi atau menaiki kapal terbang dengan hanya menggunakan bahan kitar semula. 

Beliau yang sebagai pelopor Kelab Filpen (filem pendek) berkata beliau juga memberi ruang kepada muridnya untuk mengekspresikan diri mereka melalui pembikinan filem pendek yang antaranya filem ‘Teether’ yang berjaya diterima ke festival filem Horror Unleashed di Portugal.

Mengulas mengenai kemenangannya, Muhammad Nazmi berkata beliau sangat bersyukur kerana kegigihannya membuahkan hasil. 

“Bagi saya, platform ini adalah peluang untuk bukan sahaja berkongsi kisah kehidupan seharian kita sebagai pendidik, tetapi juga untuk menyerlahkan akar umbi matlamat hidup kita, baik di dalam mahupun di luar bilik darjah,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 3 minggu yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

2

Pendidikan 3 minggu yang lalu

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

3

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Ibu Muda Mangsa Kesalahan Seksual Perlu Kembali Sambung Pelajaran - Fadhlina

Sorotan

1

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

2

PRN Negeri Sembilan: Ada Perbincangan Positif Dengan BN - PAS

3

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

4

Pub Popular Terbakar, 27 Maut, Puluhan Cedera Parah 

5

Keputusan Kes Syed Saddiq: Bella Astillah, Keluarga Hadir Di Mahkamah Persekutuan 

6

Menang 8 Kerusi, ADUN PH Sedia Jalankan Tugas Pembangkang Dengan Penuh Integriti - Amirudin

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

RUU 7 ADUN Lantikan Dilulus, DAP Tarik Sokongan Terhadap Kerajaan Melaka

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Motosikal Bertembung Babi Hutan, Wanita Maut, Suami Cedera 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Syed Saddiq: Pengeluaran RM1 Juta Tak Boleh Disamakan Dengan Pecah Amanah - Mahkamah Persekutuan

oleh Sophia Ahmad