web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KPM Larang Unsur Ekstremisme, Keganasan Dalam Program Minggu Solidariti Palestin

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2023 8:24PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) tidak akan berkompromi dengan sebarang unsur ekstremisme dan keganasan sepanjang penganjuran program Minggu Solidariti Palestin di sekolah-sekolah bermula 29 Oktober hingga 3 November ini.

Menurut KPM dalam kenyataan hari ini penggunaan replika senjata, ikon dan simbol yang mengandungi elemen provokasi serta konfrontasi tidak dibenarkan sama sekali.

“KPM menggalakkan penganjuran aktiviti-aktiviti yang mendukung isu kemanusiaan seperti tayangan video kedamaian, sayembara puisi kemanusiaan, pertandingan lukisan poster tema kedamaian dan kutipan sumbangan kepada rakyat Palestin sepanjang pelaksanaan program ini.

“Semua institusi bawah KPM diminta untuk sentiasa mengikuti panduan penganjuran yang telah ditetapkan. Minggu Solidariti Palestin perlu dijadikan platform untuk mendidik murid tentang nilai-nilai murni, toleransi, kasih sayang dan saling hormat-menghormati,” menurut kementerian itu.

KPM memaklumkan pihaknya mengambil perhatian berhubung kebimbangan masyarakat mengenai video tular di media sosial mengenai sebuah program di sekolah yang memaparkan unsur ekstremisme.

Hari ini tular video berdurasi 55 saat di aplikasi X dan TikTok yang antaranya memaparkan seorang lelaki memegang replika senapang dalam satu program di sebuah sekolah.

Menurut KPM penganjuran program berkenaan adalah di luar tempoh pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin dan tidak mengikut panduan yang ditetapkan kementerian berkenaan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Rogol Pelajar Tingkatan 3: ‘4 Pelajar Senior Itu Sudah Dibuang’ - KP

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Program Matrikulasi: Kuota Bumiputera Tidak Berubah - PM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Semua Lepasan SPM Dapat 10 A Ke Atas Berpeluang Ke Matrikulasi - PM

4

Pendidikan 2 tahun yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Peranan Penasihat NFCC Cetus Persoalan, Hamzah Tuntut Penjelasan Pelantikan Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Ditemukan Maut Dalam Longkang, Meninggal Dunia Akibat Lemas

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Isu Palestin, Hak Asasi Manusia Dan Kedaulatan Negara: Malaysia Tidak Akan Ambil Pendirian Berkecuali - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

oleh Amirah Abu Bakar