web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


L’oréal Malaysia Jalin Kerjasama Dengan KPM Untuk Martabatkan Latihan Vokasional Tempatan

Kerjasama ini menyasarkan untuk melatih pelajar, kosmetologi yang dipersiapkan untuk masa depan keperluan pasaran kerja menerusi latihan dan peningkatan kemahiran.

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2023 10:10AM

Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan dan Latihan Vokasional Teknikal (TVET), Kementerian Pendidikan, Supian Mahmood, Duta Besar Perancis ke Malaysia, Axel Cruau, Zulkernai bin Fauzi, Tomas Hruska dan Pengarah Hal Ehwal & Penglibatan, L’Oréal Malaysia, Finaswani Mohamed Zin pada majlis menandatangani MOU - Gambar ihsan L’Oréal Malaysia

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jenama kecantikan wanita, L’Oréal Malaysia menyahut seruan kerajaan dalam kerjasama industri untuk menangani isu ketidakserasian kemahiran bakat dalam kalangan graduan hari ini dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) selama lima tahun dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV).

Memorandum Persefahaman itu bakal menyaksikan L’Oréal Malaysia dan TVET bekerjasama bagi memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk 17 kolej vokasional tempatan yang menawarkan pengkhususan dalam bidang kosmetologi. 

Kerjasama ini menyasarkan untuk melatih pelajar kosmetologi yang dipersiapkan untuk masa depan keperluan pasaran kerja menerusi Latihan dan peningkatan kemahiran, memudah cara pemindahan ilmu pengetahuan, serta menyediakan peluang latihan industri.

Zulkernai Fauzi dan Tomas Hruska menandatangani MoU 5 tahun untuk menyokong dan memartabatkan tempatan latihan vokasional
Zulkernai Fauzi dan Tomas Hruska menandatangani MoU 5 tahun untuk menyokong dan memartabatkan tempatan latihan vokasional

L’Oréal Malaysia diasaskan di Kuala Lumpur pada tahun 1995 dan menawarkan produk berteknologi tinggi paling maju dalam setiap kategori kecantikan. 

Syarikat itu kini menawarkan pelbagai produk penjagaan diri menerusi 12 jenama ikonik: L’Oréal Paris, L’Oréal Professionnel, Garnier, Maybelline New York, Lancôme, Yves Saint Laurent Beauty, Armani Beauty, Kiehl's, shu uemura, IT Cosmetics, Kérastase dan La Roche-Posay.

Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia, En Zulkernai Fauzi dalam ucapannya memberitahu kerjasama dinamik bukan sahaja memberi manfaat besar kepada pelajar, malah juga kepada tenaga pengajar. 

 “Dengan Kerjasama Awam Swasta (PPP) yang dinamik antara Kementerian Pendidikan dan L’Oréal Malaysia, kami akan melaksanakan langkah-langkah bagi melengkapkan para guru dan graduan dengan kemahiran terkini dan menguasai kemajuan teknologi terbaru untuk menangani ketidakpadanan kemahiran dan meningkatkan kebolehpasaran graduan.”

“Kami percaya bahawa kerjasama jangka panjang ini akan memberikan manfaat besar kepada pelajar dan guru kosmetologi kami, terutamanya dalam memastikan bahawa mereka mempunyai kemahiran dan kepakaran yang memenuhi keperluan industri kecantikan. Kami turut memuji L’Oréal Malaysia kerana sokongan mereka. Ini adalah kerjasama menang-menang untuk negara apabila sektor awam dan swasta saling berganding bahu.”

“Kami juga berharap di masa depan, kerjasama ini turut merangkumi peluang untuk pelajar dalam bidang perniagaan kami mendapatkan ilmu pengetahuan dan latihan perniagaan yang tidak ternilai daripada industri kecantikan,” ujar beliau.

Pembentangan Tomas Hruska di Acara Pameran Korporat L'Oreal Groupe yang berlangsung baru-baru ini
Pembentangan Tomas Hruska di Acara Pameran Korporat L'Oreal Groupe yang berlangsung baru-baru ini

Pengarah Urusan L’Oréal Malaysia, Tomas Hruska pula berkata,“Di L’Oréal, matlamat kami ialah untuk ‘Mencipta Kecantikan yang Menggerakkan Dunia’. Kami percaya bahawa kejayaan sesebuah syarikat bukan hanya diukur pada prestasi ekonomi sahaja, ini kerana sumbangan dari segi sosial dan alam sekitar juga adalah penting.”

“Di Malaysia, kami komited untuk mengembangkan perniagaan kami dengan cara yang bertanggungjawab, mampan dan inklusif. Kerjasama kami selama lima tahun dengan Kementerian Pendidikan Malaysia menjadi bukti komitmen kami dalam membantu komuniti dan memperkasakan industri dengan bakat-bakat yang berkemahiran.”

L’Oréal Malaysia diasaskan pada tahun 1995 dengan matlamat untuk memenuhi keperluan kecantikan rakyat Malaysia. Syarikat ini merupakan peneraju utama industri kecantikan dengan 12 jenama yang menawarkan produk berteknologi tinggi yang paling maju dalam setiap kategori, dan produk ini diedarkan melalui saluran pasaran massa, gedung serbaneka, salun kecantikan dan platform e-dagang. 

Syarikat ini juga komited untuk meningkatkan impak sosio-ekonomi yang positif dengan memperkasakan wanita, membantu komuniti yang memerlukan, serta memacu komitmen kelestariannya. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.loreal.com/en/malaysia/. - Getaran, 7 Julai 2023 

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Pembiayaan Tambahan RM200 Juta Disediakan Untuk Program TVET - PM

2

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Strategi Baharu Akan Dirangka Pastikan Bakat TVET Relevan - Steven Sim

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Generasi Muda Perlu Diberi Peluang Dalam TVET Berteknologi Tinggi - Ahmad Zahid

4

Semasa 2 tahun yang lalu

100 Peserta Pertama JELITA@RISDA Miliki SKM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad