web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


USM Lakar Sejarah Jadi Venue Saksikan Pelancaran Satelit A-SEANSAT-PG1 LEO Ke Angkasa Lepas

Pendidikan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2023 7:45AM

Dr Abdul Rahman Mohama berkata dengan pelancaran satelit A-SEANSAT-PG1 dan 200 satelit selepas itu, Angkasa-X berhasrat untuk mewujudkan ekonomi angkasa yang teguh, terutamanya dalam ASEAN - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Universiti Sains Malaysia (USM), dengan kerjasama syarikat teknologi angkasa lepas tempatan Angkasa-X Innovation Sdn Bhd, melakar sejarah tersendiri apabila menjadi antara venue yang menyaksikan pelancaran satelit orbit rendah bumi (LEO) ke angkasa lepas secara langsung dari Rusia semalam.

Naib Canselor USM Prof Datuk Dr Abdul Rahman Mohama berkata pelancaran satelit A-SEANSAT-PG1 itu, akan menerajui pembangunan ekosistem teknologi angkasa lepas Malaysia dan memacu kemajuan ekonomi bagi negara dalam kawasan khatulistiwa.

“Peristiwa bersejarah ini melambangkan hasil kerja keras dan komitmen yang tinggi. Kejayaan pelancaran ini bukan sahaja menunjukkan kecemerlangan Malaysia dalam teknologi angkasa lepas, tetapi juga menjadi inspirasi kepada saintis dan jurutera di Malaysia,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran satelit A-SEANSAT-PG1, disaksikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow di sini semalam.

Selain itu, Abdul Rahman berkata dengan pelancaran satelit A-SEANSAT-PG1 dan 200 satelit selepas itu, Angkasa-X berhasrat untuk mewujudkan ekonomi angkasa yang teguh, terutamanya dalam ASEAN.

Beliau berkata satelit itu juga akan menyumbang kepada mewujudkan satu keadaan di mana ketersambungan data dan informasi penting, akan dapat dicapai dengan mudah dan mampu oleh masyarkat, kerajaan dan juga syarikat.

“Malaysia merupakan negara pertama di Asia Tenggara untuk mereka bentuk, memasang dan melancarkan satelit LEO buatan sendiri.

“Pelaburan dalam satelit dan teknologi angkasa lepas satelit, akan memangkinkan bakat, mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi, membangunkan solusi teknologi angkasa lepas baharu untuk dipasarkan secara global, dan menarik pelaburan serta bakat domestik dan antarabangsa, serta memberikan impak ekonomi yang positif kepada negara,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Rogol, Amang Seksual Adik Perempuan, Pekerja Kedai ‘Hardware’ Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mahu Berjaga Untuk Perjalanan Jauh, Ramai Pemandu Lori Mengaku Ambil Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Kastam Tumpas 5 Sindiket Dadah Antarabangsa, Rampas Narkotik RM300.72 Juta

oleh Amirah Abu Bakar