Berita Terkini

2 jam yang lalu: Warga emas wanita maut disyaki dipukul anak perempuan 2 jam yang lalu: Pelaksanaan Fasa 1 JENDELA berjaya, lepasi sasaran ditetapkan - MCMC 2 jam yang lalu: 3 maut dalam kemalangan babitkan 2 kenderaan di Tangkak 2 jam yang lalu: Piala Remaja Asia: Malaysia tamatkan cabaran di kedudukan keempat 2 jam yang lalu: Panasonic tawar MSS susulan penutupan 2 jabatan pembuatan

IKUTI KAMI


Aktiviti Luar Bilik Darjah Ditangguhkan - KPM

Pendidikan Dikemaskini 4 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2023 8:07PM

KPM memaklumkan, arahan penangguhan itu membabitkan merentas desa, kawad, sukan dan permainan, perkhemahan serta pengajaran dan pembelajaran (PdP) luar bilik darjah - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) meminta semua institusi di bawahnya supaya menangguhkan aktiviti luar bilik darjah membabitkan murid, guru dan pensyarah semasa cuaca panas yang melanda negara, ketika ini.

Menerusi hantaran di Facebook, KPM memaklumkan, arahan penangguhan itu membabitkan merentas desa, kawad, sukan dan permainan, perkhemahan serta pengajaran dan pembelajaran (PdP) luar bilik darjah.

“Mengambil kira cuaca panas dan kering berpanjangan sedang melanda negara, institusi pendidikan bawah KPM diminta menangguhkan semua aktiviti luar melibatkan murid, guru serta pensyarah,” menurut kenyataan itu, hari ini.

Sebelum ini, kementerian itu menerusi Garis Panduan Penutupan Institusi Pendidikan Bawah KPM Semasa Cuaca Panas yang ditandatangani Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Norisah Suhaili menetapkan untuk membenarkan penutupan sekolah sekiranya cuaca panas yang melanda negara ketika ini, berada pada status gelombang haba dan tahap Amaran Kedua, iaitu suhu tertinggi melebihi 37 darjah Celsius untuk tiga hari berturut-turut

Katanya, selain sekolah rendah, menengah dan prasekolah, garis panduan itu terpakai kepada semua institusi pendidikan di bawah KPM, termasuk kolej vokasional, kolej tingkatan enam, kolej matrikulasi, institut pendidikan guru dan institusi pendidikan swasta yang berdaftar dengan kementerian.

“Surat siaran ini berkuat kuasa serta merta mulai tarikh surat siaran ini dikeluarkan (28 April).

“KPM sentiasa menitikberatkan penjagaan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid (serta pelajar, guru dan pensyarah) semasa menghadapi cuaca panas dan kering berpanjangan yang melanda negara,” menurut surat itu.

Semalam, KPM menerusi satu lagi surat edaran ditandatangani Norisah memaklumkan, kementerian itu memberi kebenaran khas kepada murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana di sekolah memakai pakaian atau baju sukan yang sopan susulan cuaca panas ketika ini.

Surat edaran bertajuk ‘Kebenaran Khas Kepada Murid, Guru dan Anggota Pelaksana Memakai Pakaian Sukan Semasa Cuaca Panas’ itu turut diedarkan kepada semua Ketua Bahagian dan Pengarah Pendidikan Negeri.

Norisah berkata, ketetapan itu dibuat selepas mengambil kira keadaan semasa cuaca panas dan bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan.

Terdahulu, media melaporkan, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, memaklumkan KPM sudah mengeluarkan pekeliling berhubung larangan sebarang aktiviti luar bagi mengelak serangan strok haba.

Beliau berkata, pekeliling itu berkuat kuasa semalam dan mesti dipatuhi semua guru besar serta pengetua sekolah di seluruh negara.

Ujarnya, larangan itu turut meliputi garis panduan baharu ditetapkan KPM selepas memberi kelonggaran pemakaian pakaian sukan sebelum ini. – Getaran, 4 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

KPM, SPP Mula Usaha Proaktif Tangani Isu Lambakan Siswazah Perguruan - Fadhlina

2

Pendidikan 3 hari yang lalu

KPM Nafi Edar Surat Wajibkan Petugas Tonton Filem Anwar 

3

Semasa 5 hari yang lalu

KPM Bincang Kenaikan Gaji Guru Miliki Kelayakan Akademik Lebih Tinggi

4

Semasa 6 hari yang lalu

Permintaan Durian Berkurangan Akibat Cuaca Panas Berpanjangan - Pekebun

Sorotan

1

Isu kontrak CEO FINAS Ditamatkan Lebih Awal Bukanlah Suatu Kes Unik - Kamil Othman Ulas

2

FINAS: Penamatan Khidmat Dr Md Nasir Keputusan Lembaga Pengarah - Fahmi

3

Lelaki Didakwa Bunuh Teman Wanita Hamil

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kematian Kee Kok Thiam Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis Selangor

Sukan 1 hari yang lalu

RTG Sedia Pertimbang Biaya Pemain Badminton Profesional Ke Kejohanan Antarabangsa

Semasa 16 jam yang lalu

Pulau Pinang Milik Kedah: Ini Bukan Kali Pertama, Sanusi Perlu Disiasat

oleh Ian McIntyre

Semasa 1 hari yang lalu

Fasiliti, Utiliti Kampung Baru Perlu Dinaik Taraf - CEO PKB