web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cuaca Panas: Murid, Guru Boleh Pakai Baju Sukan Ke Sekolah – KPM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2023 7:00AM

Ketetapan itu dibuat selepas mengambil kira keadaan semasa cuaca panas dan bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

UALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) memberi kebenaran khas kepada murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana di sekolah memakai pakaian atau baju sukan yang sopan susulan cuaca panas ketika ini.

Ketetapan baharu itu dimaklumkan menerusi surat edaran ditandatangani Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi Sekolah), Dr Norisah Suhaili yang berkuatkuasa semalam.

Surat edaran bertajuk ‘Kebenaran Khas Kepada Murid, Guru dan Anggota Pelaksana Memakai Pakaian Sukan Semasa Cuaca Panas’ itu turut diedarkan kepada semua Ketua Bahagian dan Pengarah Pendidikan Negeri.

Norisah berkata, ketetapan itu dibuat selepas mengambil kira keadaan semasa cuaca panas dan bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan.

Menurutnya, kebenaran khas itu tidak membebankan murid dan ibu bapa kerana murid mempunyai pakaian atau baju sukan masing-masing.

“KPM sentiasa menitikberatkan penjagaan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana semasa menghadapi cuaca panas dan kering berpanjangan yang melanda negara.

“Fenomena ini merupakan keragaman iklim yang berlaku secara tidak tetap. Keadaan cuaca panas yang berlaku boleh mencetuskan gelombang haba yang memudaratkan kesihatan seperti hipertermia atau strok haba dan hidrasi,” katanya.

Pada masa sama, Norisah turut mengingatkan pengetua dan guru besar supaya memantau keadaan cuaca dari semasa ke semasa supaya tindakan dapat diambil dengan kadar segera bagi menjamin kesihatan murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana.

Terdahulu, KPM menerusi surat pekeliling berasingan memaklumkan, pentadbir sekolah dibenarkan menutup sekolah sekiranya cuaca panas yang melanda negara ketika ini, berada pada status gelombang haba dan tahap Amaran Kedua, iaitu suhu tertinggi melebihi 37 darjah Celsius untuk tiga hari berturut-turut.

Penetapan kebenaran itu dikeluarkan menerusi surat siaran kementerian berkenaan berhubung Garis Panduan Penutupan Institusi Pendidikan Bawah Bawah KPM Semasa Cuaca Panas.

Katanya, selain sekolah rendah, menengah dan prasekolah, garis panduan itu terpakai kepada semua institusi pendidikan di bawah KPM, termasuk kolej vokasional, kolej tingkatan enam, kolej matrikulasi, institut pendidikan guru dan institusi pendidikan swasta yang berdaftar dengan kementerian.

Menerusi garis panduan penutupan institusi di bawah KPM itu, dinyatakan bahawa sekiranya berlaku status suhu harian bagi cuaca panas pada tahap amaran pertama dengan suhu tertinggi melebihi 35 darjah Celsius hingga 37 darjah Celsius untuk tiga hari berturut-turut, pentadbir hendaklah menghentikan semua aktiviti luar membabitkan murid, guru serta pensyarah.

Antara contoh aktiviti luar tidak sesuai dilaksanakan itu adalah merentas desa, perkhemahan, kawad, sukan dan permainan di luar bangunan serta pertanian

Pada masa sama, ia menetapkan penutupan institusi pendidikan akibat cuaca itu, hendaklah dimaklumkan pentadbir kepada pendaftar serta-merta secara lisan dan bertulis menggunakan medium sesuai.

Surat pemakluman itu hendaklah dilampirkan bersama dokumen sokongan yang menjelaskan mengenai proses penilaian risiko dijalankan, sebelum keputusan menutup institusi pendidikan dibuat pentadbir.

Malah, pentadbir sekolah hendaklah memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga berkaitan penutupan atau pembukaan institusi pendidikan, atas sebab status suhu harian dengan segera secara bertulis atau apa-apa medium komunikasi sesuai. – Getaran, 3 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

10 Kawasan Di Semenanjung Catat Cuaca Panas Tahap Berjaga-jaga - MetMalaysia

2

Semasa 3 bulan yang lalu

2 Pelajar Maut, KPM Arah IPG Henti Semua Aktiviti Ekstrem, Sukan Air

3

Pendidikan 3 bulan yang lalu

Tangguh Aktiviti Luar Jika Suhu Lebih 35 Selsius - KPM

4

Semasa 9 bulan yang lalu

‘Anak Saya Ditikam Lebih 200 Kali’ - Ibu Mangsa

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

4

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

5

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

6

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ribut Di Lembah Klang Ragut 1 Nyawa, Banjir Kilat Landa Petaling Jaya

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Insiden Polis Tembak Di Durian Tunggal: AGC Arah Inkues Kematian 3 Lelaki

oleh Sophia Ahmad