web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KPM Tidak Arah Henti Projek SJKT Sungai Bakap

Pendidikan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2023 9:25PM

Fadhlina Sidek berkata KPM belum membuat sebarang keputusan muktamad untuk menghentikan pembinaan bangunan baharu SJKT Sungai Bakap - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT MERTAJAM - Kementerian Pendidikan (KPM) belum membuat sebarang keputusan muktamad untuk menghentikan pembinaan bangunan baharu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Sungai Bakap, di Nibong Tebal, dekat sini.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, perkara tersebut masih dalam perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk guru besar dan wakil sekolah tersebut.

“Perbincangan masih diteruskan, tidak timbul isu ada sebarang keputusan muktamad atau tidak.Tetapi untuk pendidikan anak-anak ini, kita sentiasa beri serta buka ruang luas untuk perbincangan dari semasa ke semasa, jadi jangan risau,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan projek ‘Smart Classroom’ anjuran Yayasan AEON Malaysia dan Yayasan Didik Negara di Sekolah Kebangsaan (SK)  Mengkuang, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan pembinaan bangunan tambahan sekolah SJKT Sungai Bakap itu yang kononnya projek tersebut telah diarahkan untuk dihentikan kerana kekurangan dana.

Fadhlina, yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal, berkata antara aspek rundingan yang diambil kira meliputi kepentingan perkembangan dan isu berkait dengan pendidikan di sekitar kawasan tersebut.

Mengulas mengenai surat yang dikeluarkan Jabatan Pendidikan Negeri yang tidak menyokong pembinaan bangunan tambahan itu, beliau berkata, surat tersebut hanya satu pandangan dan proses biasa namun rundingan serta alternatif lain sedang diusahakan untuk mencari jalan penyelesaian bagi masalah terbabit.

"Surat yang dikeluarkan itu bukan memuktamadkan, sebaliknya hanya satu pandangan yang mengikut proses.Tiada masalah mengenai surat itu, tetapi proses lain untuk mencari jalan penyelesaian isu-isu yang menjadi kebimbangan kepada guru besar sekolah dan komuniti masih diteruskan dari semasa ke semasa,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy, melahirkan rasa terkilan terhadap keputusan Jabatan Pendidikan negeri untuk menghentikan pembinaan bangunan baharu SJK(T) Sungai Bakap.

Ramasamy dilaporkan berkata projek itu tidak boleh diabaikan begitu sahaja selepas mendapat peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.

Difahamkan, Kerajaan Persekutuan telah memberi peruntukan awal sebanyak RM3.5 juta dan memperuntukkan tanah seluas kira-kira 1.6 hektar pada 2015 untuk pembinaan bangunan baharu sekolah tersebut. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Ibu Muda Mangsa Kesalahan Seksual Perlu Kembali Sambung Pelajaran - Fadhlina

2

Pendidikan 3 minggu yang lalu

Lebih 12,000 Guru Bersara Setiap Tahun, Jurang Usia Antara Pendidik Cetus Kebimbangan 

3

Pendidikan 3 minggu yang lalu

Mata Pelajaran Sejarah, Bahasa Melayu Kekal Syarat Wajib Ke IPTA - Zambry

4

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Insentif RM100,000 Kepada 5 MRSM Terbaik SPM 2025

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 16 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad