web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KPT Laksana 3 Pendekatan Tarik Lebih Ramai Lepasan SPM Lanjut Pengajian

Pendidikan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2023 9:00AM

Mohamed Khaled Nordin - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mempunyai tiga perancangan berhubung keengganan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pengajian, seterusnya mencari penyelesaian terhadap isu terbabit.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perancangan pertama adalah kementerian itu akan mendalami terlebih dahulu dapatan daripada Jabatan Perangkaan (DSOM) berhubung perkara terbabit, sebelum menelitinya dengan lebih mendalam.

Katanya, punca dan faktor penyumbang kepada isu berkenaan mesti difahami dan diteliti.

“Kedua, pihak KPT akan terus membuat penyelarasan dan penambahbaikan pelbagai proses serta program sedia ada, bagi memudahkan akses dan menarik minat anak muda untuk melanjutkan pengajian ke pendidikan tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada sesi pertanyaan lisan Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Parlimen Ke-15 Tahun 2023 di Dewan Rakyat.

Wan Azizah memintanya menyatakan perancangan KPT terhadap kaji selidik Jabatan Perangkaan tahun 2019, susulan ia mendapati 390,000 atau 72.1 peratus pelajar lepasan SPM tidak mahu menyambung pengajian.

Manakala perancangan ketiga, katanya, KPT akan terus menggiatkan promosi kemasukan pelajar ke IPTA dan ILKA seluruh Malaysia setiap tahun.

“(Promosi itu termasuk) Program Jom Masuk IPT (8 Zon terpilih seluruh Malaysia yang mensasarkan pelajar, kaunselor sekolah, guru, ibu bapa dan masyarakat.

“Program Outreach (lokasi terpilih seluruh Malaysia yang menyasarkan pelajar di sekolah luar bandar, B40 dan Orang Asli.

“Promosi melalui saluran media sosial rasmi KPT (Facebook, Instagram, Youtube dan TikTok) bahawa kerajaan sentiasa memandang serius kepentingan melanjutkan pengajian di peringkat IPT, (malah) meneliti perkara ini lebih mendalam agar dapat meningkatkan minat pelajar lepasan SPM untuk ke IPT,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, KPT memandang serius isu berhubung keengganan lepasan SPM menyambung pengajian.

“Keengganan pelajar lepasan SPM mengikuti pengajian tinggi adalah sesuatu yang sebenarnya harus diberikan perhatian oleh semua pihak, bukan KPT semata-mata.

“Ia harus diperhalusi secara mendalam dan bersepadu,” katanya. - Getaran, 15 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Sasar Peranan Lebih Besar Dalam Rantaian Bekalan Pertahanan Global 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Skandal Rasuah ATM: MINDEF Lancar Reformasi Menyeluruh

3

Semasa 5 bulan yang lalu

MINDEF Tidak Lindungi Rasuah Namun Tolak Tuduhan Tanpa Bukti - Mohamed Khaled

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Permohonan E-baucar Buku Fasa 1 Ditutup, 50,000 Baucar Sudah Ditebus

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad