Berita Terkini

31 minit yang lalu: Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai Pengarah JSJ yang baharu berkuat kuasa 16 April ini - Setiausaha PDRM 2 jam yang lalu: Proton umum X90 kenderaan tenaga baharu pertamanya 2 jam yang lalu: Wanita warga emas maut, suami dirawat di ICU selepas makan ikan buntal 2 jam yang lalu: Jumlah import Sarawak meningkat 45.5 peratus kepada RM34.29 bilion pada 2022 - MITI 2 jam yang lalu: Cadangan wajibkan tingkatan enam beri kesan kepada kemasukan ke matrikulasi, IPT

IKUTI KAMI


Tabung Endowmen UTM, Jual Rumah Bantu Penuntut Memerlukan

Pendidikan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2021 1:51AM

Tabung Endowmen mencapai matlamat dan berjaya membantu penuntut yang memerlukan bantuan termasuk sumbangan biasiswa.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Tabung Endowmen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang diwujudkan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berkenaan sehingga kini berhasil mencapai objektif penubuhan, iaitu membantu penuntut yang memerlukan, termasuk sumbangan biasiswa sepanjang pengajian.

Selaras dengan peranan mereka sebagai ejen membantu penuntut, tabung berkenaan sentiasa berusaha mempelbagaikan usaha menambah dana, bagi memastikan wang dikumpul sentiasa berada dalam jumlah yang signifikan untuk sebarang misi bantuan.

Ia termasuk melancarkan jualan plat kenderaan dengan nombor pendaftaran UTM kepada semua petugas, dengan hasil diterima digunakan sepenuhnya bagi mengisi akaun dana berkenaan.

Inisiatif berkenaan terbukti mendapat sambutan hangat dan mengambil inspirasi dari kejayaan itu, Tabung Endowmen mewujudkan kerjasama dengan IOI Properties, menerusi program Promosi Jualan Hartanah kepada petugas UTM dan keluarga masing-masing.

Menurusi kerjasama itu, satu peratus dari hasil jualan rumah akan disumbangkan kepada Tabung Endowmen, manakala semua pembeli berpeluang menerima potongan harga sehingga 25 peratus.

Naib Canselor UTM, Profesor Datuk Ts Dr Ahmad Fauzi Ismail berkata, program berkenaan turut menawarkan khidmat guaman percuma kepada semua pembeli.

Menurut beliau, kerjasama ini memberikan tiga makna penting kepada universiti berkenaan, malah membantu institusi pendidikan terbabit membela kebajikan penuntut yang memerlukan, khususnya dari golongan B40.

“Ia bukan hanya membantu UTM memperluaskan kerjasama dengan pihak industri, tetapi turut mewujudkan platform kebajikan untuk semua petugas, selain membolehkan ahli keluarga masing-masing memiliki kediaman sendiri pada harga bulanan yang amat berpatutan.

"Melalui promosi ini juga, kebajikan mahasiswa UTM dari keluarga kurang berkemampuan (B40) juga dapat dipertingkatkan melalui bantuan yang bakal diberikan,” katanya.

Ahmad Fauzi menarik perhatian, IOI Properties juga telah menyatakan persetujuan untuk memberi sumbagan kepada Tabung Endowmen UTM bagi setiap pembelian rumah.

“Pihak universiti amat menggalakkan petugas atau ahli keluarga yang kurang berkemampuan memiliki kediaman sendiri, agar merebut peluang ditawarkan.

“Konsep penjualan serampang dua mata ini bukan hanya membantu mereka memiliki kediaman sendiri, tetapi turut menggerakkan penjanaan dana Tabung Endowmen UTM,” katanya.

Antara projek perumahan yang terbabit dalam kerjasama berkenaan adalah pangsapuri D’Summit dan The Platino, rumah teres dan Semi D di Oleander, Florencia serta Viscosa, kesemuanya  berpusat di Johor Bahru di sini.

Pembeli yang membuat tempahan sehingga 17 April turut berpeluang memperoleh kabinet dapur secara percuma.

Promosi terbabit adalah lanjutan dari persetujuan bersama yang telah dicapai melalui Memorandum Persetujuan (MoA) yang ditandatangani antara UTM melalui Unit Endowmen dengan IOI Properties melalui Wealthy Growth Sdn Bhd dan Trilink Pyramid Sdn Bhd.

Sementara itu, Penolong Pengurus Besar IOI Properties Johor, Nor Izuddin Md Kassim menzahirkan rasa syukur kerana IOI Properties dapat menjalin kerjasama dengan pihak UTM.

“Bagi pihak syarikat, saya ingin melahirkan rasa syukur kerana dapat membantu warga kerja UTM dalam memiliki rumah kediaman dengan diskaun harga yang paling menarik dan rendah.

"Promosi ini adalah peringkat permulaan dan percubaan. Jika ia berjalan lancar dan mendapat sambutan yang memberangsangkan, kita tiada masalah untuk melebarkan promosi sama ke projek lain pula,” katanya. 

Tambahnya, lokasi kediaman yang strategik memberi kelebihan kepada pembeli sama ada sebagai pelaburan atau tempat tinggal dan pembeli tidak akan rugi sekiranya memiliki hartanah berkenaan. – Getaran 12 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Inisiatif Pemilikan Rumah Diteruskan, Jaminan Pembiayaan Perumahan Sehingga RM5 Bilion - KPKT

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Tender Perlu Dianugerah Berdasarkan Kepada Keupayaan, Rekod Prestasi Syarikat - PM

3

Semasa 3 minggu yang lalu

JPS Akan Segera Laksana Projek RTB Di Johor

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Projek Bekalan Air Tanjung Manis Dijangka Beroperasi Suku Ketiga Tahun Ini

Sorotan

1

Kementerian, Jabatan Diminta Anjur Majlis Ilmu Untuk Hidupkan Bulan Ramadan - Anwar

2

SPRM Nafi 2 Pegawainya Dalang Isu Rasuah Libatkan Syarikat Korporat

3

Tempoh Reman Penyerang Kamal Adli Dilanjutkan Seminggu Lagi

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

12 Lagi Mangsa Sindiket Penipuan Kerja Di Kemboja Berjaya Diselamatkan - PM Anwar

Sukan 1 hari yang lalu

Skuad Harimau Muda Julang Piala Merlion 2023

Semasa 1 hari yang lalu

Rang Undang-Undang Kesalahan Seksual Kanak-Kanak Dibentang Di Dewan Rakyat

Sukan 2 jam yang lalu

Zii Jia Kembali Ke BAM?