web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


UTM Universiti Pertama Miliki Telaga Air Akuifer Batuan Di Malaysia

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2023 5:58PM

gambar FB UTM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menjadi universiti pertama di Malaysia memiliki telaga air akuifer batuan sendiri sebagai sumber alternatif bekalan air bersih.

Naib Canselor UTM, Prof Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail berkata, telaga sedalam 158 meter itu akan menghasilkan air dengan nilai larutan berasid (ph) 7.8 dan mampu mengeluarkan satu juta liter air sehari, sekali gus dapat menampung keperluan warga kampus.

Beliau berkata, projek cetusan lembaga pengarah dan pengurusan tertinggi UTM yang menggunakan sistem teknologi membran itu dapat mengurangkan kebergantungan sumber sedia ada serta menjimatkan kos utiliti penggunaan air di kampus.

“Ini merupakan telaga air akuifer batuan pertama di Malaysia yang dijumpai dalam UTM, dengan jumlah satu juta liter sehari dan ia dapat memanfaatkan kira-kira 7,000 orang pengguna.

“Hasrat UTM, projek ini dapat dikembangkan lagi kerana ia dapat menjimatkan perbelanjaan dan jana pendapatan termasuk untuk membotolkan sumber air ini,” katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan dan perasmian Projek Telaga Air Akuifer Batuan UTM di universiti berkenaan di sini, hari ini.

Beliau berkata, projek itu juga digerakkan melalui inisiatif pembangunan sumber air bawah tanah hasil penyelidikan tenaga pakar UTM, yang kini berjaya direalisasikan dengan pewujudan telaga air akuifer batuan, susulan penemuan sumber air berkenaan pada 2021.

Ahmad Fauzi berkata, telaga air akuifer batuan itu terletak di dalam hutan rekreasi UTM yang berkeluasan 3.5 kilometer persegi dan kaya dengan pelbagai spesies flora dan fauna serta pokok hutan tropika bernilai tinggi, yang ditanam melalui kerjasama UTM dan Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM) pada 2015.

Justeru, beliau berkata, lokasi kawasan penemuan telaga air akuifer batuan itu, sekali gus sesuai untuk dijadikan sebagai produk tarikan utama yang baharu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 3 tahun yang lalu

Gadis OKU Kerdil Cabar Diri Sambung Belajar Untuk Lebih Berdikari 

2

Pendidikan 5 tahun yang lalu

Tabung Endowmen UTM, Jual Rumah Bantu Penuntut Memerlukan

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad