web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Komited Selesai Segera Masalah Penempatan Mahasiswa, Ini Langkah Diambil UiTM

Pendidikan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2022 12:41PM

UiTM menyediakan 107,000 tempat di kolej kediaman, dengan penawaran 34,000 tempat kepada pelajar baharu diploma dan ijazah sarjana muda - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR- Bagi mencari penyelesaian serta-merta terbaik berhubung masalah kesukaran mahasiswanya untuk mendapatkan rumah sewa, Universiti Teknologi MARA (UiTM) membentuk Jawatankuasa Krisis Kolej Kediaman dan Rumah Sewa.

Menerusi kenyataannya, UiTM memaklumkan, pihak pengurusan universiti awam (UA) itu juga mewujudkan portal rumah sewa ‘non residen’ NR, iaitu https://nr.uitm.edu.my bagi memudahkan urusan mahasiswa mendapatkan rumah sewa.

Katanya, selain untuk mencari rumah sewa, platform ini boleh digunakan bagi tujuan pengiklanan rumah sewa oleh tuan rumah.

“Dalam konteks ini, pengurusan NR UiTM turut membuat tinjauan secara berkala berkaitan dengan isu keselamatan, kontrak perjanjian sewa rumah dan kebajikan mahasiswa NR,” menurut kenyataan itu hari ini

Kenyataan sama memaklumkan, UiTM menyediakan 107,000 tempat di kolej kediaman, dengan penawaran 34,000 tempat kepada pelajar baharu diploma dan ijazah sarjana muda.

Jelasnya, sebanyak 52,000 tempat ditawarkan kepada pelajar layak secara merit mengikut polisi penempatan universiti, manakala pelajar yang merayu kolej kediaman disediakan 21,000 tempat.

Sementara itu, katanya, permohonan rayuan kolej boleh dibuat secara online melalui sistem e-Rayuan Kolej yang dibuka mulai 13 September hingga 23 September ini dan keputusannya akan dikeluarkan mulai 28 September.

“Tawaran kolej kediaman untuk pelajar sedang membuat rayuan adalah tertakluk kepada empat kriteria, termasuk merujuk polisi penempatan UiTM dan pelajar semester akhir dari keluarga berpendapatan di bawah RM2,000.

“Kriteria lain adalah pelajar Sabah dan Sarawak dari keluarga berpendapatan di bawah RM2,000 serta pelajar semester akhir dari keluarga B40,” katanya.

Menurut kenyataan itu, Jawatankuasa Krisis Kolej Kediaman dan Rumah Sewa berkenaan juga sedang meneliti dan menyelesaikan setiap masalah dihadapi dengan cara terbaik, selain berharap kepada semua mahasiswa agar kekal tenang dalam menghadapi situasi sekarang.

“Pihak UiTM akan terus menyalurkan maklumat terkini dari semasa ke semasa dan tidak akan mengambil mudah dengan sebarang perkara, terutama yang mendatangkan kesulitan kepada mahasiswa serta warganya. - Getaran 20 September 2022

Sorotan

1

Video Buaya Baham Anjing Cetus Kebimbangan Pengunjung Port Dickson

2

PRN Johor: Lebih 300,000 Pengundi Luar Dijangka Pulang Mengundi

3

Masa Depan Nelayan Dan Ekonomi Pesisir Jadi Keutamaan, Faizul Tekad Ubah Masa Depan Tanjung Surat

4

Bakal Berdepan Nama Besar, Calon ‘Underdog’ DUN Pasir Raja Tenang Hadapi Saingan

5

PRN Johor: 3,500 Polis Johor Bertugas Untuk Undi Awal Esok 

6

PRN Johor: Kempen Masuki Fasa Penentuan, Calon Ganda Usaha Raih Sokongan 

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Dakwa Dibuli, Suspek Tikam Pelajar Di Banting Simpan Rasa Tidak Puas Hati

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Bongkar Premis E-Sisa Haram

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Pengundi Muda Jadi Penentu, Ubah Dinamik Keputusan

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

Nelayan Tak Berlesen Masih Jadi Isu, Punca Utama Insentif Kerajaan ‘Tak Sampai’ Ke Tangan - Faizul

oleh Sophia Ahmad