web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s Kembali Lagi

Pendidikan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2021 8:28PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Anugerah Guru Inspirasi (AGI) tajaan McDonald’s kembali untuk tahun kelima bagi mengiktiraf semua guru yang berupaya memberi inspirasi kepada rakyat negara ini.

Anugerah yang diwujudkan sebagai penghargaan kepada mereka itu terbuka untuk orang ramai mencalonkan, atau berkongsi kisah luar biasa guru berkenaan dalam menggerakkan dunia pendidikan negara.

Seramai 25 guru terpilih akan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM5,000 manakala pencalonnya pula akan menerima baucar McDonald’s bernilai RM200 sebagai tanda penghargaan.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s, Azmir Jaafar berkata, AGI yang diperkenalkan sejak 2017 setakat ini sudah menerima lebih 17,000 pencalonan, membabitkan 81 guru hebat di seluruh negara.

Menurut beliau, McDonald’s Malaysia sentiasa komited dalam menghargai jasa diberikan setiap guru berkenaan, malah AGI adalah tanda terima kasih mereka kerana membawa perubahan positif dalam kehidupan pelajar.

“Guru memainkan peranan yang sangat penting dalam membina masyarakat, kerana mereka adalah individu bertanggungjawab dalam membentuk minda generasi muda.

“Sejak pandemik COVID-19 melanda negara bermula tahun lalu, golongan ini mengharungi dugaan yang begitu mencabar dan ia tidak pernah berlaku sebelum ini,” katanya.

Pembelajaran serta pengajaran menerusi norma baharu juga jelas Azmir, adalah satu bentuk cabaran buat mereka, dan ia menuntut kesabaran yang amat tinggi.

“Beberapa kisah inspirasi ini membuktikan betapa mereka amat berdedikasi dalam membimbing pelajar dan kami berharap dapat mendengar lebih banyak lagi kisah luar biasa itu.

“Anugerah ini adalah tanda penghargaan bagi pengorbanan mereka, selain menjadikan sambutan Hari Guru yang bakal menjelang lebih bermakna,” katanya. - Getaran, 7 April 2021

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Guru Perlu Berjiwa Besar Depani Cabaran, Positif Terima Kritikan - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Ramanan Terima Darjah Kebesaran Pahang Bawa Gelaran Datuk Seri

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Guru Langgar Disiplin Perlu Dikecualikan Kenaikan Pangkat Secara 'Time Based' – PM

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad