web statsweb stats

Berita Terkini

47 minit yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 48 minit yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mansuh Pakaian Seragam Sekolah? Ramai Bantah, Anggap Penyelamat Maruah B40, M40

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2022 8:37PM

Murid sekolah diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah bermula 12 Jun depan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pada Khamis lalu, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin memaklumkan murid diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah bermula 12 Jun depan.

Ketetapan itu bagaimanapun kurang dipersetujui seorang pengguna Facebook yang mempersoalkan kelebihan pemakaian pakaian seragam berkenaan.

Malah dia turut membandingkan situasi itu dengan sistem persekolahan di Amerika Syarikat (AS) yang membenarkan murid berpakaian biasa ke sekolah.

Katanya, amalan itu lebih memudahkan, menjimatkan wang selain menjaga kebersihan pakaian anak-anak.

“Anak-anak bro sekolah AS, tak ada pakaian uniform. Mudah rasanya. Tak perlu keluar duit beli uniform, tak payah basuh, keringkan dan gosok selalu lebih relaks.

“Baju seragam putih dahlah senang kotor. Makan ais krim tumpah, habis. Nak kata untuk disiplinkan anak-anak, parents atau bibik juga yang basuh dan gosok. Nak kata kemas sebab seragam, bukan nak train jadi askar,” katanya.

Terdapat segelintir netizen yang turut senada dengan lelaki tersebut dan menggesa ketetapan itu dimansuhkan.

Perkara tersebut bagaimanapun mendapat perhatian pendakwah selebriti iaitu Pencetus Ummah (PU) Rahmat Ikhsan yang kurang bersetuju dengan pendapat berkenaan.

Menurut beliau, pemakaian pakaian seragam sekolah berupaya menyelamatkan maruah keluarga M40 dan B40.

“Ada gesaan daripada ibu bapa untuk memansuhkan baju uniform pelajar sekolah. Saya tidak bersetuju. Uniform sekolah menyelamatkan maruah keluarga M40 dan B40.

“Ada hal dalam sistem pendidikan kita yang perlu kekal dan banyak hal perlu diubah.

“AS bukannya cerdik semua hal dan Malaysia bukannya bodoh semua hal,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

 

Ada gesaan daripada Ibu Bapa untuk memansuhkan Baju Uniform pelajar sekolah. Saya tidak bersetuju. Uniform sekolah...

Posted by Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan on Thursday, April 28, 2022

Jelasnya, pemakaian pakaian seragam juga membantu meningkatkan keyakinan murid untuk ke sekolah.

“Saya tak dapat bayang zaman sekolah saya dulu-dulu, jika tiada baju uniform.

“Pastinya saya hilang keyakinan diri melihat gaya dan fesyen rakan-rakan sebaya.

“Kasihanilah ibu bapa B40 yang kesempitan kewangan. Jangan tambah beban mereka.

“Mereka nak beli sepasang baju kemeja pun sudah pening kepala,” katanya.

Majoriti netizen turut bersetuju dengan pendapat tersebut selain mengambil contoh pemakaian pakaian seragam turut diamalkan di negara maju seperti Korea Selatan dan Jepun.

“Tu namanya mendidik erti disiplin. Kalau pakaian seragam tu pun tak boleh jaga dengan baik, macam mana nak jaga diri dengan bagus?

“Negara macam Jepun, Korea dan China pun ada pakaian seragam. Kemajuan mereka lagi tinggi dari kita, kenapa tak ikut contoh yang baik dari sana,” kata Syed Fadhli.

“Sejujurnya aku lebih suka pelajar berbaju uniform, sama dan seragam. Bila mengajar pelajar pedalaman waktu cuti, kita boleh nampak pelajar yang tak mampu tu pakai baju sama sepanjang minggu.

“Kena ejek dengan yang lebih berkemampuan. So pada aku eloknya seragam adalah bila diorang boleh ulang baju dan tak dijudge. Pelajar pun tak ada nak show off baju lawa-lawa,” kata pula Muhammad Nazmi.

“Tak perlu ubah, uniform bukan pakai hari-hari pun. Seminggu dua kali je. Hari lain dah pakai baju sukan dan kokurikulum. Lagipun uniform inilah kenangan sekali seumur hidup,” kata Nizam Mohd Zan. - Getaran, 30 April 2022

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 tahun yang lalu

MOM Janji Tambah Baik Rekaan Pakaian Rasmi Kontinjen Negara Ke Olimpik

2

Pendidikan 4 tahun yang lalu

Murid Digalakkan Berpakaian Seragam Ke Sekolah

3

Semasa 5 tahun yang lalu

Jangan Susah Hati, Boleh Gunakan Pakaian Harian - Kementerian Pendidikan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek