web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Murid Digalakkan Berpakaian Seragam Ke Sekolah

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2022 6:52PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua murid yang bakal memulakan sesi persekolahan baharu bermula 21 Mac ini digalakkan memakai pakaian seragam sekolah.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin bagaimanapun berkata, murid dibenarkan memakai pakaian sopan dan bersesuaian sekiranya tidak mempunyai pakaian seragam sekolah.

“Kita menggalakkan murid untuk memakai pakaian seragam sekolah. Namun begitu, kita sedar ada antara anak-anak kita yang pakaian mereka mungkin tidak sesuai.

“Oleh demikian, kita benarkan mereka hadir ke sekolah dengan pakaian sopan dan bersesuaian,” katanya menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook, hari ini.

Terdahulu, Mohd Radzi memaklumkan, semua pelajar sekolah menengah kecuali sekolah berasrama penuh perlu hadir ke sekolah secara bersemuka bermula 4 April depan.

Bagaimanapun beliau berkata, kumpulan pelajar terbabit akan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) selama dua minggu apabila sesi persekolahan bagi Penggal 1 sesi 2022/2023 bermula pada 21 Mac ini.

Sementara itu, Mohd Radzi berkata, sebanyak 10 peratus murid sekolah rendah akan menjalani ujian kendiri di rumah.

“Pihak kementerian akan bekalkan test kit untuk ujian kendiri ini kepada murid dan melaksanakan ujian tersebut di rumah serta melaporkan keputusan ujian kepada pihak sekolah.

“Kita telah laksanakan pendekatan ini pada penggal sebelum ini dan Insya-Allah kita akan gunakan pendekatan sama apabila penggal persekolahan bermula pada 21 Mac ini,” katanya. - Getaran 5 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

‘Anak Saya Ditikam Lebih 200 Kali’ - Ibu Mangsa

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Lagi Kes Buli: Pelajar Tingkatan 3 Cedera Dibuli 6 Rakan Sekolah

3

Semasa 1 tahun yang lalu

3 Pengendali Makanan Dikenal Pasti Punca Penularan Tifoid Di Kota Bharu

4

Gaya 1 tahun yang lalu

MOM Janji Tambah Baik Rekaan Pakaian Rasmi Kontinjen Negara Ke Olimpik

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 12 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad