web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KPM-ATM Bawa Calon SPM Terjejas Banjir Ke Pusat Peperiksaan

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2022 8:31PM

Datuk Pkharuddin Ghazali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Kementerian Pendidikan (KPM) bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk membawa calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terjejas banjir di Kelantan ke pusat peperiksaan, bermula hari ini.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Dasar dan Kurikulum), Datuk Pkharuddin Ghazali berkata, kerjasama diatur Menteri Kanan Pertahanan (Datuk Seri Hishammuddin Hussein) itu adalah bagi membantu calon dari Pasir Mas dan Rantau Panjang bergerak ke pusat peperiksaan dengan selesa.

Katanya, walaupun pusat peperiksaan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Kiambang, Pasir Mas tidak ditenggelami banjir, tetapi laluan di situ ditakungi air pada paras 0.3 meter.

“Paras air boleh dilalui calon tetapi ia menyukarkan, justeru kita (KPM) mendapat kerjasama ATM bagi memudahkan pergerakan calon, malah saya sudah berhubung dengan Panglima 8 Briged di Kem Desa Pahlawan di Pasir Mas untuk membawa 141 calon ke sekolah.

“Pihak ATM menyediakan dua kenderaan berkapasiti tiga tan untuk membawa calon dari jalan utama ke sekolah. Operasi ini akan diteruskan sehingga paras air banjir di kawasan berkenaan surut dan jalan mudah dilalui mereka,” katanya selepas mengadakan tinjauan SPM di SMK Zainab I di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Pkharuddin berkata, bantuan itu akan memberi keselesaan dan tidak mengganggu emosi calon untuk menduduki peperiksaan.

Selain itu, Pkharuddin berkata, seramai 723 calon yang terjejas banjir terpaksa menangguhkan hasrat menduduki SPM.

“Setakat ini, lapan sekolah di sekitar Rantau Panjang dan Pasir Mas ditutup selepas terjejas banjir, iaitu SMK Rantau Panjang, SMK Gual Periuk, SMK Baruh Tiang, Mahaad Muhammadi Rantau Panjang, SMK Meranti, Sekolah Menengah Ugama (A) Khairiah Banggol Stol, SMU (A) Al-Fallah dan SMU (A) Diniah di Pasir Mas,” katanya.

Menurut Pkharuddin, calon terbabit akan menduduki SPM bersama pelajar yang menangguhkan peperiksaan akibat positif COVID-19 atau menjalani kuarantin antara 2 Mac hingga 29 Mac pada April depan.

“Calon ini dibenarkan menduduki peperiksaan mengikut penjadualan semula SPM antara 4 April sehingga 28 April yang memberi peluang kepada mereka dan dari segi soalan, Insya-Allah adalah setara dengan sesi awal,” katanya. - Getaran, 2 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

2 Pelajar Maut, KPM Arah IPG Henti Semua Aktiviti Ekstrem, Sukan Air

2

Pendidikan 2 bulan yang lalu

Tangguh Aktiviti Luar Jika Suhu Lebih 35 Selsius - KPM

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Kisah Truper Indiran Inspirasi Semangat Patriotisme Rentas Kaum

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kerajaan Terus Fokus Tambah Baik Kuarters Tentera, Polis Yang Uzur - PM

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 29 minit yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek