web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hampir Digilis Lori, Pelajar Tahan Sakit Ambil SPM

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2022 3:11PM

Calon-calon SPM SMK Kota Masai 2, Pasir Gudang tekun menjawab kertas soalan Bahasa Melayu ketika tinjauan hari pertama SPM 2021 di sekolah tersebut. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Walaupun terpaksa menahan sakit di bahagian pinggang dan luka di siku akibat kemalangan petang semalam, seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) nekad meneruskan peperiksaan.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Masai 2, Zahiruddin Zulkarnain, 18, yang  mengalami kemalangan selepas terjatuh dari motosikal di Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur (JB EDL) menghala ke Permas berkata, beliau tidak sanggup menunda kertas peperiksaan Bahasa Melayu hari ini kerana telah membuat persiapan sebaiknya dan tidak mahu gagal dalam SPM.

Katanya kertas Bahasa Melayu sangat penting dan beliau sanggup menunggu, menahan kesakitan sehingga selesai peperiksaan petang nanti, sebelum mendapatkan rawatan di klinik.

Menurutnya kemalangan berlaku pada kira-kira pukul 6.40 petang semasa beliau dalam perjalanan untuk berjumpa saudaranya di Stulang dengan menunggang nmotosikal.

“Secara tiba-tiba di kiri kanan saya, saya dihimpit sebuah lori  besar dan sebuah kereta. Saya terkejut, dan menekan brek sebelum terjatuh dan hampir digilis lori, namun saya sempat menendang tayar lori, dan terpelanting, saya gagahkan diri untuk lari ke tepi jalan.

“Lepas kejadian, banyak klinik tutup jadi saya tidak mendapatkan rawatan di mana-mana namun selepas tamat kertas (Kertas Bahasa Melayu 2) petang ini, ibu dan ayah akan bawa saya ke klinik berdekatan,” katanya ketika ditemui  pemberita di SMK Kota Masai di sini hari.

Zahiruddin berkata sepanjang lebih dua jam menjawab peperiksaan Kertas Bahasa Melayu 1 pagi tadi beliau turut berbaring dan berehat untuk mengurangkan rasa sakit terutamanya di bahagian pinggang.

Hari ini 407,097 pelajar menduduki peperiksaan SPM 2021 di 3,000 pusat peperiksaan seluruh negara dengan 50,317 daripada mereka merupakan calon di negeri ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

SPM Ulangan 2024 Rekod 8,195 Calon

4

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Jalan Kampung Tak Payahlah Laju-Laju Bang!

Sorotan

1

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

2

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

3

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

4

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

5

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

6

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Pendidikan 2 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi